Header Ads

ads header

Flash News

Kesilapan Najib hanya percaya orang yang mengurus, kata Shafie


Shafee berkata tertuduh bukan orang korporat dan menjangkakan anggota lembaga pengarah SRC International dan 1MDB bertindak profesional.

“Jika beliau bersalah, salahnya cuma kerana percaya orang yang sepatutnya menguruskan syarikat - 1MDB dan SRC International.

“Dalam beberapa hal, beliau terlalu percaya,” katanya.

Ketika proses migitasi, Shafee berkata tertuduh bekerjasama dengan penyiasat sejak 2015 dan memulakan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara terhadap 1MDB dan SRC International.

“Dalam semua siasatan oleh badan seperti parlimen, bukan petunjuk gangguan terhadap saksi,” katanya.

Ketika pendengaran untuk menangguhkan migitasi, peguam bela Shafee Abdullah berkata anak guamnya tidak berisiko lari ke luar negara dan jaminan patut dikekalkan.

Shafee berkata Najib membayar jaminan sebanyak RM6 juta dengan pasport diserahkan kepada mahkamah dan disenarai hitam oleh pihak imigresen daripada ke luar negara.

“Sebagai bekas perdana menteri, dia ada polis pengiring. Polis akan selalu pantau. Jika dia cuba lari, mereka akan maklumkan segera pada IGP,” kata Shafee.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Bersabar kami Rakyat Malaysia mendoakan agar Allah memberi kekuatan kepada DSNR dan dapat pengampunan yg lebih ringan daripada sebelumnya dan beliau juga dah berjasa kepada negara Malaysia ini

    BalasPadam