Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki bersenjata serah diri, 13 tebusan dibebaskan


KYIV -
Lelaki yang menjadikan penumpang bas sebagai tebusan selama lebih 12 jam di Lutsk, barat Ukraine, menyerah diri pada Selasa dan semua 13 tebusan turut dibebaskan, lapor agensi berita Xinhua, menurut pihak berkuasa.

"Tahniah kepada semua yang membantu untuk membebaskan tebusan di Lutsk.

“Nyawa manusia sangat bernilai, kita tidak mahu kehilangan sesiapa pun. Tidak ada tempat untuk keganasan di mana-mana negara," tulis Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky di laman Facebook rasminya.


Menurut media tempatan, tembakan banyak kali kedengaran semasa operasi untuk membebaskan tebusan dijalankan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Arsen Avakov berkata, pengganas yang merampas bas di Lutsk mempunyai rakan subahat.

"Rakan-rakannya sudah ditahan, seorang daripadanya berada di Kharkiv, bahan letupan turut dijumpai di sana," kata menteri itu.

Pengganas itu dikenali sebagai Maksim Krivosh, 45, dari bandar Dubno di barat Ukraine.

Kes kini disiasat di bawah akta jenayah keganasan Ukraine. - Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan