Header Ads

ads header

Flash News

Lim Guan Eng persoal Kenapa terima AS$3.9 bilion daripada Goldman bukan AS$7.5 bilion?


KUALA LUMPUR
– Perdana Menteri diminta berterus terang mengapa Goldman Sachs hanya membayar sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.63 bilion) kepada Kerajaan Malaysia berbanding tuntutan asal sebanyak AS$7.5 bilion.

Itupun, Goldman Sachs hanya membayar AS$2.5 bilion (RM10.66 bilion) secara tunai dan bakinya, AS$1.4 bilion (RM6 bilion) bukan dibayar oleh Goldman Sachs,sebaliknya dari pengembalian aset haram yang dibeli menggunakan duit 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Ringkasnya, Goldman Sachs hanya membayar balik AS$2.5 bilion secara tunai, kata Lim Guan Eng.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, melepaskan tuntutan asal AS$7.5 bilion dengan berpuas hati dengan penyelesaian AS$3.9 bilion menunjukkan kerajaan memandang ringan beban hutang 1MDB yang sebegitu besar.

Jumlah hutang 1MDB terkini yang dijamin oleh kerajaan ialah sebanyak RM31.7 bilion dan angka ini akan meningkat kepada RM41.5 bilion sekiranya dicampur dengan kadar faedah sehingga tahun 2038.

Jumlah ini tidak termasuk RM8.9 bilion yang telahpun dibayar kerajaan sebelum ini, bermaksud jumlah keseluruhan hutang 1MDB, termasuk faedah, yang terpaksa ditanggung oleh negara ialah RM50.4 bilion.

”Selain pembayaran tunai AS$2.5 bilion, jika Goldman Sachs bersedia untuk mengembalikan baki AS$4 bilion aset haram, dan bukan setakat AS$1.4 bilion sahaja, maka munasabah bagi kerajaan untuk bersetuju dengan penyelesaian AS$6.5 bilion tanpa mengambil kira faedah sejumlah AS$1 bilion yang telah ditanggung kita sebelum ini.

”Goldman Sachs hanya membayar tunai sebanyak AS$2.5 bilion untuk menyelesaikan segala tuntutan dan tindakan undang-undang jenayah oleh Kerajaan Malaysia terhadapnya.

”Jika tidak mengikut jumlah tuntutan asal AS$7.5 billion sekalipun, penyelesaian dengan Goldman Sachs patut dibuat dengan tuntutan sekurang-kurangnya AS$D6.5 bilion berikutan 3 bon yang diterbit oleh syarikat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oleh itu, beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib memberi jaminan kepada rakyat bahawa beliau tidak mengkhianati kepentingan negara dan melepaskan Goldman Sachs sebegitu mudah atas penglibatan mereka dalam skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah membabitkan RM50.4 bilion

Katanya, kenyataan Muhyiddin tentang persetujuan yang dicapai bersama Goldman Sachs untuk membayar AS$3.9 bilion (RM16.63 bilion) sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia menimbulkan persoalan.

”Adakah beliau melepaskan Goldman Sachs dengan sebegitu mudah, sedangkan sebelum ini kita telah menuntut pembayaran sebanyak AS$7.5 bilion atas penglibatan mereka di dalam skandal 1MDB, di mana dua orang pegawai eksekutif senior Goldman Sachs telah didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kerajaan Malaysia sendiri telah menfailkan 17 dakwaan jenayah terhadap Goldman Sachs?,” soal Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Katanya, situasi itu berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang kekal tegas menuntut AS$7.5 bilion bagi tiga bon 10 tahun berjumlah AS$6.5 bilion yang diatur oleh Goldman Sachs dengan kadar faedah yang jauh lebih tinggi daripada pasaran dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Jumlah itu membabitkan AS$1.75 bilion pada kadar faedah 5.99% diterbit pada 18 Mei 2012,  AS$1.75 bilion pada kadar faedah 5.75% diterbit pada 17 Oktober 2012 dan AS$3.0 bilion pada kadar faedah 4.4% diterbit pada 16 Mac 2013.

Guan Eng berkata, jumlah AS$7.5 bilion yang dituntut oleh Kerajaan PH termasuk AS $1 bilion bagi menampung kos faedah yang dikenakan pada bon tersebut setakat ini. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Setiap kali kepala bapak kafir harbi sibuk menuduh orang lain, Kita tentu akan teringat tentang skandal dia sendiri seperti banglo terlajak diskaun, skandal terowong, janji kencing hapuskan tol dll, dakwaan palsu hutang RM1 trillion yg telah menyebabkan pelaburan asing merundum, merobohkan rumah, gerai dan kampung Melayu, penjualan tanah kerajaan , menjual aset negara, berkerjasama dengan kepala bapak liberal melingkupkan tabung umat Islam dll.

    Bukankah ini seperti seorang penyamun menuduh orang lain sebagai penyamun ?

    BalasPadam
  2. Bukan itu saja kan si bangsat ni cakap sebelum ni sanggup terima us1 billion saja? Kaki penipu tak kan berhenti menipu.

    BalasPadam
  3. Lge ni,,cina apek yg jenis bodoh,,bukan cina cerdik. Selain bodoh, lge juga menipu dapat sijil akauntan bertauliah. Sudah2 la lge oii,,rakyat malaysia dah nak termuntah dgn tipu helah bodoh hang tu...go to hell..

    BalasPadam
  4. pencurik tengah cakap pandai...

    haiyaaa apekkk... pikiaq masalah lu sendiri la ...

    BalasPadam