Header Ads

ads header

Flash News

Mahacai Yang Suka Mislead


1) Dalam perbahasan giliran YB Baling, beliau ambil peluang masa perbahasan tersebut untuk membuat penjelasan mengenai isu TH, menjawab tuduhan PH terhadapnya dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Parit Buntar.

2) Kita semua faham bahawa isu ini tidak akan dapat di-explain dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi untuk membela diri daripada tuduhan berat dan mengaibkan. Jadi, YB Baling memutuskan untuk tidak mahu diganggu dengan pencelahan mana-mana MP.

3) Kemudian, YB Langkawi bangun mencelah dan diberikan ruang oleh YB Baling. YB Langkawi mahu YB Baling cheritakan semua ini dalam mahkamah, bukan dalam dewan parlimen. Maka YB Baling jawab, tiada satu pun tuduhan ke atas beliau yang berkaitan dengan TH yang disabitkan di mahkamah. Beliau terpaksa menjawab dalam parlimen kerana beliau telah lama menanti saat yang sesuai untuk menjawab semua tuduhan ke atas beliau yang dikatakan sebagai "penchuri duit Tabung Haji".

4) Kemudian YB Baling mencabar YB Simpang Renggam mencari dalam Google mengenai kaitan YB Baling dengan isu skandal dalam TH. Jika YB Simpang Renggam jumpa calam carian Google, YB Baling akan beri ruang untuk YB Simpang Renggam bangun dan bertanya. Jika tidak, memang YB Baling tidak mahu buka sebarang pencelahan, kerana kesuntukan masa.

5) Tidak lama kemudian YB Simpang Renggam bangun mahu mencelah. YB Baling sedia memberikan laluan dengan harapan YB Simpang Renggam sudah jumpa sesuatu dalam carian Google. Tetapi YB Simpang Renggam berkata, beliau menyerahkan 'flow pencelahan' beliau kepada YB Langkawi. Maka YB Baling menolak untuk terus membenarkan YB Simpang Renggam mencelah.

6) Isu ini dimanupulasi dan mislead oleh para mahacai PH, bagi gambarkan YB Baling penakut untuk berdepan dengan YB Langkawi. Saya fikir, jika YB Baling melayan YB Langkawi, dengan perasaan yang berkobar-kobar ketika itu, sudah tentu YB Baling akan melauk-paukkan YB Langkawi. Yb Simpang Renggam sangat tidak cherdik dan menyalahgunakan ruang 'flow' tersebut.

7) YB Langkawi sudah tua, dan tidak lagi berkuasa. Sepatutnya YB Simpang Renggam sendiri yang membantai YB Baling. Kenapa berselindung disebalik figure tua YB Langkawi. Saya sangat kechewa dengan YB Simpang Renggam yang memperalatkan YB Langkawi. Mungkin jika YB Langkawi rebah dibahan oleh YB Baling, maka YB Simpang Renggam akan propagandakan YB Baling sebagai kurang ajar kepada orang tua?

8 ) Mahacai? Bukalah minda sikit. Dalam otak kamu, penuh dengan ketahian label orang itu dan ini sebagai penchuri, penyamun, perompak - sebelum mahkamah membuat keputusan apa-apa. Ketahian ini lah yang menjadikan para mahacai tetap berterusan tunjuk bodoh tanpa dapat berfikir dengan baik.

9) Ya, YB Baling bukannya boleh diperchayai sangat pun sebelum diadili di mahkamah. Tetapi, beliau berhak diadili dan tidak adil untuk mengatakan beliau penchuri duit Tabung Haji sebelum mahkamah membuat keputusan. Malahan beliau tidak pula dituduh dengan tuduhan mencuri duit TH di mahkamah. Mahacai nak justify persepsi ketahian mereka terhadap YB Baling, maka mereka mainkan isu kekayaan anak-anak YB Baling, mainkan gambar YB Baling kena gari etc.

10) YB Parit Buntar pun belum tentu bersih dan belum tentu boleh diperchayai. Tubuhlah RCI untuk tengok siapa yang boleh diheret ke mahkamah - YB Baling, atau YB Parit Buntar. Jika YB Parit Buntar pun kena gari dan berpakaian lokap SPRM, saya tetap tidak akan tuduh YB Parit Buntar menchuri duit Tabung Haji, kerana ia hanyalah peringkat siasatan sahaja baru.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa


MR :  Saya dah letih berhujah dengan mahacai, kebodohan yang nyata walaupun yang berhujah dengan saya tu ada pHD.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Syarat wajib menyokong PH ialah mesti bodoh.Fitnah tadak dosa bagi PH sebab tu pakat2 berlumba2 nak fitnah

    BalasPadam