Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Salahkan Semua Orang Kecuali Diri Dia


1) Semalam selepas program "Bersatu Blackout" di Alor Setar Mahathir buat perangai nyanyuk lagi sewaktu sessi soal jawap. Perlukah dia jawap soal mudah nak kerjasama lagi dgn DSAI atau tidak dengan cara dia mengutuk, menghina dan memburuk-burukkan Pengerusi Pakatan Harapan itu? Nampak sangat dendam dan kebencian dia kepada DSAI setelah rancangan dia mahu jadi PM dan sailang lagi digagalkan.

2) BerMORAL sangatkah Mahathir ni bila dia terus menerus sailang DSAI dan khianat pada janji? Ada MORALkah seorang manusia yg apabila bercakap dia suka berDUSTA, bila berjanji dia MUNGKIRI, apabila diberikan amanah dia KHIANATI? Inilah ciri-ciri yg terang-terang ada pada Mahathir. Nak panggil apa makhluk jenis ini?

3) Yang kita "kenot brain" ialah mengapa ada pemimpin-pemimpin #K3 dari Amanah dan DAP tertentu bersungguh-sungguh mempertahankan makhluk ini sehingga tergamak mengherdik, menghina dan setiap hari perli Pengerusi Pakatan Harapan itu sendiri? Di mana sikap hormat dan disiplin dalam berMuafakat? Sebab dia sudah dianggap "Out of the Race" maka mereka mencalonkan pula calon PM SEBULU dengan Orang Tua 95 thn (OT95) yang gila nak jadi PM semula dan tak tahu malu itu.

4) Rakyat termasuklah penyokong-penyokong PH sedang memerhati #GELAGAT pemimpin-pemimpin Amanah dan DAP. Mereka ini sebenarnya menyebelahi siapa? Adakah sebenarnya pimpinan Amanah dan DAP yang terlibat sedang BERSUBAHAT dengan OT95 untuk sailang DSAI? Sungguh memusykilkan kita kerana Ini bukanlah kali pertama OT95 mengutuk DSAI sebagai "GILA-GILA nak jadi PM", kali ini terkeluar juga perkataan "Masalah Moral" yang sudah lama disimpan di lubuk hati IBLISnya yang hitam legam tanpa kompromi.

5) Cuba perhatikan, bila DSAI dicerca dan dihina oleh OT95 sejak dulu lagi, pemimpin-pemimpin Amanah dan DAP tidak bersuara pun untuk mempertahankan DSAI. Tapi bila Wan Saiful mendedahkan KESETANAN Org Tua yang merancang menjatuhkan PH, kelam kabut Khalid Samad melompat macam KERA kena belacan mahu menjadi JUARA mempertahankan OT95. Apa hujah "hebat" Khalid Samad? Hujahnya ialah Wan Saiful adalah PENIPU..!! Patut le DSAI pernah berkata ada yang sekonyong-konyongnya mahu jadi JUARA dan tokoh "HYBAT" konon jadi pendamai dan pemeterai?

6) Dulu bila Farhash Wafa Salvador Pengerusi PH Perak dan Setpol DSAI mengingatkan Amanah dan DAP tentang pejuangan REFORM dan semangat Muafakat dalam PH, Khalid Samad dan Faiz Fadzil meloncat dan menyerang Farhash dengan "hujah" kononnya dia Pengecut dan Tidak Matang? Perhatikan betul-betul #K3 sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat "Defensive", Sensitif tak ketahuawan punca dan mudah melatah mahu mempertahankan OT95. Mereka juga kadang-kadang jadi "Offensive" dan "Hostile" terhadap apa sahaja atau sesiapa sahaja yang terkait rapat dengan DSAI. Kenapa? Why? Soal orang kampung saya.

7) Ramai bersetuju bahawa kerana OT95 meletak jawatanlah maka semua kemelut ini berlaku tapi #K3 dengan anai-anai mereka berusaha mengubah Naratif itu kononnya desakan DSAI supaya OT95 meletak jawatanlah menjadi punca Kerajaan PH jatuh. Ini TEMBERANG..!! Walhal kita boleh melihat rekod yang DSAI dan DS Saifuddin Nasution berusaha menegur dan menghentikan desakan penyokong. Sebaliknya, lihat OT95 sendiri, setiap hari pemimpin dan ahli-ahli Bersatu mengherdik DSAI dan terang-terang menolak konsensus PH utk DSAI jadi PM seterusnya tapi apa yg OT95 buat? Langsung tidak ditegur provokasi oleh penyokong-penyokong dia. Mungkin dia seronok hari-hari DSAI dihina, dicaci, dimaki dan direndah-rendahkan malah dibuli meskipun status DSAI ketika itu ialah KETUA UMUM PH.

8) OT95 meroyan sana sini menyalahkan DSAI, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak di atas kegagalan dia sendiri untuk menjadi PM semula lalu dengan bersungguh-sungguh "pemuja-pemujanya" di kalangan PH sendiri mempertahankan EGO Org Tua itu. Ramai dalam PH, Bersatu, PA$ dan BN sendiri bersetuju bahawa berpunca dari perletakan jawatan OT95 lah masalah seperti hari ini berlaku, Bertubi-tubi MP-MP BN mengherdik OT95 di Dewan Rakyat mengenai perletakan jawatan itu kenapa #K3 Amanah dan DAp masih buat pekak badak?

9) Lihat apa yang dikatakan Najib Razak, mungkin tidak tahan dengan sikap OT95 asyik menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri......

Kata Najib Razak :

"𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘁𝘂, 𝗣𝗠𝟳 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 (𝘂𝗻𝗶𝘁𝘆 𝗴𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗺𝗲𝗻𝘁) 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶.

𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗶𝗻𝗶 :
- 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿
- 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗥 𝗹𝗮𝗴𝗶
- 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗡/𝗠𝗡 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗕𝗡/𝗠𝗡 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.

𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮-𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗴𝘂𝘀 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗶𝗱𝗮𝗺𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮".

10) Anda boleh menilai sendiri secara rasional dan logik. Tidak mungkin semua orang yang salah kecuali diri dia. Sikap anai-anai dan #K3 yang terus menyokong, menjadi alata dan perkakas Org Tua itu semata-mata memberikan kepuasan kepada EGO IBLISnya sambil memecahbelahkan PH.

Wallahualam.

- Zus Din
19 Julai 2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. SECARA JUJURNYA APAKAH TUN M SEORANG YG JUJUR.

    BalasPadam
  2. OT95 kata DSAI GILA GILA nak jadi PM. Padahal OT95 lebih TERUK PUNYA GILA mahu jadi PM kali ke3...dengan muka tak malu. 0T95 sudah sudah lah berpolitik, elok bersara kerana otak OT95 dah NYANYUK menyebabkan hati tu jadi hitam...menghina mengutuk dendam dan tamak dibawa sepanjang hayat.

    BalasPadam
  3. Apa2 pun janji dia, boboi dan konco2nya jangan naik atas lagi. Kalau mengada ngada lagi heret ke mahkamah.

    BalasPadam
  4. Ot95 Pengkhianattttt negara bangsa dan agama...

    BalasPadam