Header Ads

ads header

Flash News

Mahkamah benarkan kerajaan rampas RM800,000 daripada MCA Pahang


KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk merampas lebih RM800,000 daripada MCA Pahang atas dakwaan wang itu datang daripada 1MDB.

Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, pendakwaan membuktikan kesnya terhadap parti negeri itu berhubung imbangan kebarangkalian di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

“Responden tidak pernah menafikan mereka menerima RM3 juta daripada Najib Razak pada Mac 2013 dan mereka kata wang itu adalah sumbangan.

“Mereka kata RM3 juta itu sudah digunakan dan RM835,258.19 yang kerajaan mahu rampas datang daripada sumber sumbangan lain.

“Bagaimanapun, responden gagal mengemukakan penyata bank mereka untuk menunjukkan wang itu datang daripada sumber sumbangan lain,” katanya.

Hakim berkata, MCA tidak mengemukakan butiran bagaimana mereka membelanjakan RM3 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri.

“Responden menunjukkan satu laporan kewangan, tetapi isi kandungannya dalam bahasa Cina dan saya tidak memahaminya,” kata Jamil.

Mengenai hujah MCA Pahang yang pendakwaan perlu membuktikan kesnya terhadap Najib atas dakwaan penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebelum meneruskan usaha merampas wang itu, Jamil berkata, beliau tidak bersetuju dengan hujah itu.

“Tiada keperluan untuk melakukan sabitan terlebih dahulu, sebelum pendakwa raya boleh meneruskan rampasan wang itu.”

Peguam Ben Chan mewakili MCA Pahang, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh mewakili kerajaan.

Chan berkata, beliau akan mendapatkan arahan parti itu sama ada mahu memfailkan rayuan atau sebaliknya.

SPRM cuba mendapatkan semula RM270 juta daripada 41 individu dan entiti dalam dana yang didakwa disalurkan daripada akaun Najib.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. penyata kewangan pun dalam Bahasa cina... itu pun ada cina bodoh tak puas hati kenapa nak guna jawi hari jumaat..

    fakk la bangsa sepet ni

    BalasPadam