Header Ads

Header ADS

Mana satu yang betul. Tapi semuanya DAPlah kata pemutus


Kerajaan sibuk dgn Covid dan program nak bantu rakyat, puak² mangkok hayun ni tak habis² nak berebut kerusi PM. Dah jadi PM nanti sibuk pulak nak sakau harta negara
Mereka ni semua sangat confident dengan diri mereka. Sifat yang terpuji. TAPI tahu tak mereka orang Melayu sekarang seperti menonton drama dan menunggu hujung cerita siapa kahwin dengan siapa. Cinta 3 segi dan ntah apa-apa lagi. Kami sudah meluat dan takkan pilih mereka pun. Sekadar tengok wayang dan makan popcorn.

----

Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menukar fikiran untuk mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk jawatan Perdana Menteri.

Dalam satu temuramah eksklusif bersama portal The Malaysian Insight, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Guan Eng sendiri yang mencadangkan nama Ketua Menteri Sabah, tetapi berubah fikiran selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau pada asalnya menerima cadangan menamakan Mohd Shafie, kerana namannya sendiri sudah tidak diterima oleh Anwar.

“Jadi dia (Guan Eng) mencadangkan Shafie Apdal untuk menjadi calon dan saya langsung tidak terlibat lagi. Saya terpaksa bersetuju. Malangnya, walaupun cadangan itu datang dari dia sendiri, tetapi bila dia bertemu Anwar, dia tukar cadangan kepada Anwar, bukan lagi Shafie.

“Jadi saya rasa sangat kecewa sebab saya telah bersetuju dengan cadangan asal. Saya tanya mereka berulang kali – betul ke anda mahukan Shafie? – dan mereka kata ya. Tetapi selepas bertemu Anwar, mereka berubah fikiran,” katanya lagi.



MR :  DAP tu boss AMANAH, keputusan Amanah keputusan DAP


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.