Apakah mat sabu tidak melihat terlebih dahulu, isu sebenar kenapa rakyat malaysia begitu marah terhadap etnik rohingya. Kenapa rakyat malaysia begitu marah dengan bangla yang buat statement kepada al-jazeera berkaitan cara malaysia menangani covid19. 

Tengok cara pemikiran mat sabu, memang sepatutnya PH jatuh daripada mentadbir malaysia. Adalah lebih baik mat sabu juga meletak jawatan daripada amanah yang menggunakan nama islam tetapi meletakkan perjuangan nabi menegakkan islam seperti pelarian. 

Apakah mat sabu mahu menjadikan malaysia sebagai destinasi pelancongan pendatang asing tanpa izin?

Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian. Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

Mohamad juga menyebut Jaafar Abi Talib, yang memimpin sekumpulan umat Islam yang dianiaya keluar dari Makkah ke Ethiopia, untuk berlindung di kerajaan Kristian Aksum.

"Ada perkataan-perkataan buruk dikatakan (terhadap pelarian), ancam nyawa mereka.

"(Ketika mereka) datang ke sini, ada yang kata biar kita tenggelamkan mereka (di laut).

"Bayangkan itu berlaku kepada keluarga nabi," kata ahli parlimen Kota Raja itu di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan titah diraja.

"Jangan kita kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian, khasnya Nabi Muhammad, yang jadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah," katanya.