Header Ads

Header ADS

MalaysiaKini Batuapi 1: Umno, PAS Gombak kritik Azmin ketepikan MN di Selangor


Sebagaimana dikeketuai Malaysiakini yang mendapat kontrak daripada PH untuk merosakkan imej Pakatan Nasional dan menjalankan pemberitaan untuk memberikan persepsi buruk kepada PN, sehari dua banyak berita-berita berbentu batuapi untuk melagakan parti-parti dalam PN rancak disiar seperti pemberitaan di bawah.

-------

Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Azmin Ali dikritik kerana didakwa cuba membelakangkan Umno dan PAS di Selangor dengan tidak melibatkan mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan peringkat daerah dan negeri itu.

Kritikan itu disuarakan oleh Yang di-Pertua PAS dan Ketua Umno Gombak, yang mana Azmin adalah anggota parlimennya.

Yang di-Pertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir berkata tindakan Azmin itu seolah-olah terdapat usaha untuk mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.

“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu, Azmin ini parti apa. Dia bergerak sebagai (parti) apa?,” katanya dalam temubual yang disiarkan di laman Facebook Gombak TV, seperti dipetik The Malaysian Insight.

Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin pula berkata tindakan Azmin sebagai pelik dan menyifatkannya sebagai keliru sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) atau masih dengan PH.

“Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, beliau seorang saja buat benda pelik.

“Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin, wakil PN tak panggil… yang dipanggil adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Tetapi tidak apa, jika dia tidak akui PN di Selangor, kami juga tidak mahu berurusan dengan bekas ahli PKR di Gombak,” katanya.

Kritikan sama disuarakan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil pada 12 Julai lalu, yang mempersoal tindakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu yang tidak menjemput wakil Umno dan PAS ke mesyuarat penyelarasan pembangunan Selangor dan Gombak yang dipengerusikannya.

Ia turut dibangkitkan oleh Pengerusi Umno Selangor Noh Omar yang mempersoalkan pendirian politik Azmin.

Majlis tindakan pembangunan negeri adalah agensi pelaksana pembangunan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Senada dengan Megat Zulkarnain, Salehuddin berkata PAS Gombak juga tidak ingin bekerjasama dengan Azmin dan telah memaklumkannya kepada setiausaha politiknya, Muhammad Hilman Idham.

“PAS kawasan Gombak mesyuarat dan kini memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman bahawa kami akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional," katanya.

Dalam pada itu, Salehuddin turut menyifatkan keadaan politik Azmin serta pemimpin dan anggota PKR lain yang telah dipecat sebagai tidak berpendirian.

“Yang bekas wanita PKR, mereka bergerak atas NGO Nation of Women...Mungkin itu perancangan pihak mereka. Pengundi di Gombak tidak boleh terima orang yang tidak tetap seperti ini,” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Berita tu betul ke tak betul. Sepatutnya ada penjelasan MR apa yg telah dibatuapikan oleh MK. Maaf, kalau setakat ulang balik beritanya. Macam jadi ejen MK la pulak MR ni.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.