Header Ads

ads header

Flash News

Motif pertemuan Muhyiddin mahu masuk MN?


WUJUD desas-desus mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Muafakat Nasional (MN) untuk bersama dengan UMNO dan Pas.

Hal demikian tercetus apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Desas-desus tersebut juga tercetus apabila terdapat dakwaan Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dikatakan hilang sokongan.

Sokongan itu dikatakan asalnya datang dari Sabah dan kumpulan yang sebelum ini merupakan penyokong bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“UMNO campur MCA dan MIC kita ada 42 kerusi, Bersatu cuma ada 12 kerusi, namun tujuh orang sahaja yang sokong beliau lima pula sebaliknya.

“Hari ini beliau gelabah, sebab apa?

“Semalam sudah ada lima orang daripada kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sembilan orang Parti Warisan Sabah dan empat daripada kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin.

“Tetapi kenapa beliau gelabah, sebabnya tuan-tuan, apa yang beliau buat pada hari ini?

“Dihantar Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Setiausaha Agung Bersatu) untuk buat kerja merampas kerajaan di Sabah hari ini Shafie pun sudah tidak bersama dengan beliau.

“Tolak sembilan, tinggal lagi sembilan dan hari ini Ahli Parlimen daripada UMNO yang bersedia untuk meninggalkan PN lebih daripada sembilan.

“Bila mula hilang sokongan, baharu datang berjumpa dengan Ahli Parlimen UMNO mohon masuk MN.”

Demikian penjelasan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengeluarkan video siaran langsung dalam Facebooknya malam tadi.

Beliau juga berkata demikian mengulas pertemuan yang dilakukan Muhyiddin apabila bertemu dengan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Menurut beliau, pimpinan UMNO dan Pas wajar menolak permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada menyertai MN.

Ini kerana, ketika pembentukan awal penyatuan UMNO dan Pas sebelum tertubuh MN, kedua-dua parti itu berhadapan cabaran yang berat.

“UMNO BN dipandang hina kemudian bersama dengan Pas mewujudkan MN walaupun dalam keadaan kita dipandang hina, diherdik, dituduh perompak.

“Tetapi siapa yang dengan teguh berdiri mempertahankan MN, BN memberi suntikan semangat daripada awal sampailah hari ini kita menang enam pilihan raya kecil berturut-turut.

“Siapa dia tuan-tuan, tidak lain tidak bukan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Hendak tanya kepada rakan-rakan dalam UMNO, wajar ke diberi kepada beliau masuk Muafakat Nasional?

“Tetapi selepas apa yang beliau buat semalam ke atas Datuk Seri Najib, terus terang bukan setakat saya bahkan seluruh rakyat Malaysia tidak boleh terimanya lagi.

“Saya yakin ramai di antara tuan-tuan semua tidak setuju,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lokman juga menyifatkan hukuman dan sabit kesalahan yang dijatuhkan kepada Najib Razak hanya bermotifkan dendam.

Ini kerana, tarikh Ahli Parlimen Pekan itu dihukum dengan tarikh bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dikatakn sama.

“Tuan-tuan 28 Julai 2015, beliau dipecat.

“Lima tahun kemudian selepas jadi Perdana Menteri dipilih tarikh yang sama untuk menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib.

“Hendak membalas dendam,” tegasnya.

Dalam kenyataan sama juga, Lokman dilihat menyifatkan hukuman diterima Najib Razak mempunyai motif dendam.

“Lepas jatuh hukum, peguam minta supaya diberi pengurangan tetapi tidak dibenarkan. Ok, itu hakim punya keputusan kita tak boleh pertikai.

“Tetapi, bila peguam Datuk Seri Najib meminta penangguhan hukuman, tidak terus kena bayar RM210 juta, dipenjara 12 tahun.

“Ketika itu Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya tidak dibenarkan untuk diikat jamin atau ditangguhkan hukuman.

“Mereka hendak terus sumbat Datuk Seri Najib di penjara Kajang yang mereka telah sediakan.

“Hari ini tuan-tuan, dia sudah jumpa dengan Ahli Parlimen BN menyatakan hasrat mahu masuk MN.

“Hari ini, bila beliau tahu Ahli Parlimen UMNO, mahu tarik diri daripada kerajaan PN, tiba-tiba dikaji menyatakan hasratnya untuk menyertai MN,” ujarnya.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib Razak bersalah dalam tujuh pertuduhan.

Ketujuh-tujuh pertuduahan itu melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana RM4 bilion daripada SRC International Sdn. Bhd.

#Kredit : https://suaramerdeka.com.my    

MR :  Ada yang betul ada yang silap maklumat ni rasanya  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Minta maaflah lokman nor adam, kami ahli2 umno sudah muak dgn kamu. Yg salah tetap salah. Masih ada peringkat rayuan dsbnya. Yg kamu bising krn apa? Sbb kamu sudah tidak ada tempat lg dlm umno kan? Parti lain pun tidak terima kamu sbb mereka sudah " khatam" siapa kamu.Kami sokong parti bknnya individu. Klu muhyiden nk join MN pun apa mslh kamu? Dia berbuat begitu demi survival org melayu dan negara ini, bknnya spt kamu yg sudah hilang tmpt bergantung. Sapa lg nk sara hidup kamu selepas ini? KAMU MMG LIABILITI KPD NEGARA INI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perdana menteri atau menteri bukan untuk orang melayu sahaja(harus diperbetulkan).Di negara kita ini berbilang bilang kaum dan etnik.Begitu juga menteri agama bukan menteri untuk islam sahaja.bila sebut agama dimalaysia bukan islam ada berbagai bagai agama BUKAN islam sahaja begitu juga PM kecuali kalau tidak ada kaum dan agama lain hanya melayu dan islam sahaja.

      Padam
  2. Mantap.mohyidinmasuklah umno kmbali.

    BalasPadam
  3. Kami setuju dan orang_orang melayu pun setuju semuanya.

    BalasPadam
  4. Lokman ni ckp mcm xde otak..kahkahkah..

    BalasPadam
  5. Batang joran lokman dah bagus cuma umpan tak power langsung..

    BalasPadam