Header Ads

ads header

Flash News

'Muhyiddin pasti tersenyum dengan keputusan kes Najib' kata "Batu Api"


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti tersenyum puas dengan keputusan mahkamah yang disabitkan terhadap Najib Razak hari ini, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata demikian selepas mahkamah mendapati bekas perdana menteri itu bersalah dalam tujuh kes berkaitan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

"Hari ini orang yang tersenyum puas apabila Najib dihukum bersalah ialah Muhyiddin bukan (Dr) Mahathir (Mohamad).

"Muhyiddin pasti berbangga kerana walaupun Najib menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong beliau sebagai PM (perdana menteri) ke-8 tetapi dia tidak boleh dibeli dengan sokongan itu.

"Muhyiddin akan mendakwa dia orang paling berprinsip. Sebab itu (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) juga tercicir dari senarai menteri, walaupun wajar dilantik sebagai timbalan perdana menteri," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Muhyiddin pasti berbangga kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) bermoral tinggi.

Namun, katanya, ada pemimpin yang terkait dengan skandal moral dan tidak berparti boleh pula mendapat tempat dalam kabinet Muhyiddin sebagai menteri kanan.

"Alasannya dia belum didakwa. Sama juga dengan Zahid Md Arif yang terkenal dengan gelaran 'broker maut'. Dia juga belum dituduh. Sebab itu dilantik sebagai senator.

"Nampaknya isu moral hanya terpakai pada pemimpin Umno. Ia tidak terpakai kepada pemimpin parti lain terutamanya Bersatu.

"Apa pun Najib juga tidak pernah meminta supaya kes beliau digugurkan," tulis Puad lagi.


MR :  Kenyataan yang menunjukkan masih ada orang yang bodoh dalam UMNO nak jadi batu api merosakkan PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Please wake up admin minda rakyat. kau ni buta ke ape. For its bye bye PN forever. Kalau kau masih nak sokong si yiding tu tak tau le ape aku nak cakap

    BalasPadam
  2. dah kena macam ni masih lagi nak sokong yidin h2o n semburit????

    BalasPadam
  3. Najib didapati bersalah , orang najib bantai Muhyidin , kalau najib tidak bersalah orang pakatan haprak hancing bantai Muhyidin .Apa keputusan pun Muhyidin tetap kena ,hehehe adat dunia.

    BalasPadam
  4. Najib didapati bersalah , orang najib bantai Muhyidin , kalau najib tidak bersalah orang pakatan haprak hancing bantai Muhyidin .Apa keputusan pun Muhyidin tetap kena ,hehehe adat dunia.

    BalasPadam
  5. kalau nk berlayar, biarlh mengikut angin,,kalau nk berbunga ,biarlh mengikut musim..

    BalasPadam