Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin tak kata akan iktiraf UEC. pelaporan Malaysiakini tak tepat


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan yang kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika pertemuannya dengan pemimpin Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) 16 Julai lalu.

Pejabat perdana menteri (PMO) berkata dalam pertemuan itu, Muhyiddin hanya menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) daripada kerajaan pada masa lalu.

"Berhubung isu pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Huazhong bersama perdana menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan bahawa perdana menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC.

"Perdana menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu," kata kenyataan itu hari ini.

Semalam Huazong dalam satu kenyataan mendakwa perdana menteri secara peribadi berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.

Menurut pertubuhan itu Muhyiddin menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan parlimen.

Dalam kenyataan dikeluarkan persatuan itu, Huazong berkata Muhyiddin menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan lain mengenai isu UEC.

Bagaimanapun, kata Huazong, perdana menteri meminta semua pihak agar memahami dasar dan keadaan dalam negara.

Dalam pertemuan itu, kata Huazong, perdana menteri mencadangkan agar kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil Cina dapat menggunakan dasar-dasar negara serta keadaan semasa sebagai asas untuk rundingan lanjut dan ia akan menghasilkan penyelesaian menang-menang untuk semua pihak.

Sementara itu kenyataan PMO menjelaskan bahawa UEC perlu mengikut dasar pendidikan kebangsaan jika mahu pertimbangan kerajaan.

"Perdana menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan," kata kenyataan itu lagi.

MR :  malaysiakini nak kencing macanm ph juga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Jangan ikut telunjuk bangsa bangsat yang tidak pernah bersyukur.

    BalasPadam
  2. Bila ssh nk minta tolong org melayu.. Bila senang dipijakny org melayu.. Kerajaan perlu kaji secara mendalam.. Biar ada situasi menang menang

    BalasPadam