Header Ads

ads header

Flash News

Najib bidas pembangkang pertikai keputusan mahkamah tangguh perbicaraan


PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan sikap berat sebelah ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) kerana mempertikai keputusan mahkamah menangguhkan perbicaraan beliau minggu lepas atas permintaan speaker Dewan Rakyat.

Najib berkata, perbicaraan presiden PKR Anwar Ibrahim pada masa lalu ditangguhkan setiap kali persidangan Parlimen berlangsung dengan alasan beliau perlu menghadirinya.

Beliau juga berkata, perbicaraan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng pula ditangguhkan selama 2 bulan hanya dengan alasan pihak pembela mahu menulis surat kepada Peguam Negara Tommy Thomas untuk meminta pertuduhan terhadapnya digugurkan.

“Tetapi sekarang mereka mempertikaikan kenapa pula hakim memendekkan sesi perbicaraan hari, iaitu dari 5 petang ke 3:15 petang supaya saya boleh berbahas pada 3:30 petang dengan syarat makan tengah hari itu dibatalkan.

“Saya putuskan jika anak guam anda perlu ada di sana pada pukul 3.30 petang, maka perbicaraan diteruskan, termasuk ketika rehat tengah hari.

“Ini bermakna tiada rehat tengah hari untuk hari ini dan perbicaraan akan diteruskan sehingga pukul 3.15 petang,” katanya di laman Facebooknya merujuk kepada keputusan mahkmah.

Sebelum itu, speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menafikan mengarahkan hakim mahkamah supaya menangguhkan prosiding kes 1MDB melibatkan Najib bagi memberi laluan kepada ahli Parlimen Pekan itu berbahas di Dewan Rakyat pada Khamis lepas.

Sebaliknya katanya, beliau menulis surat memohon hakim mempertimbangkan permohonan Najib untuk hadir ke Parlimen untuk perbahasan menjunjung kasih ucapan Agong pada hari itu, iaitu ruang waktu yang memang diperuntukkan untuk wakil rakyat itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah pada Khamis menangguhkan prosiding lebih awal, iaitu pada 3.15 petang bagi membolehkan Najib menghadiri sidang Dewan Rakyat selepas menerima surat daripada Azhar.

Najib, 67, berdepan 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Najib berkata, “orang PH” tidak senang hati dengan perbahasannya hari itu.

“Seorang pun tak mencelah atau berani menyangkal apa yang saya bentang masa itu.

“Nampak jelas sangat bahawa Anwar boleh tangguhkan perbicaraan berbulan-bulan dengan alasan dia mahu hadir Parlimen.

“Guan Eng boleh tangguh perbicaraan berbulan-bulan dengan alasan dia mahu tulis surat, tetapi Najib tak boleh pendekkan perbicaraan dari 5 petang ke 3:15 petang dengan syarat perbicaran diteruskan masa ‘lunch’ supaya saya boleh membahas dalam Parlimen,” katanya.

Najib juga mempersoalkan kenapa wakil pembangkang tidak menyangkal pembentangannya di Dewan Rakyat jika ia tidak benar.

“Tuduhlah saya bahawa apa yang saya bahas hari itu tentang kegagalan Gagalkrasi PH adalah fitnah dan saya telah berbohong dalam Parlimen.

“Jeritlah bahawa apa yang saya cadang hari itu adalah mengarut dan tak masuk akal.

“Buat apa kamu mahu pertikaikan perbicaraan hari itu dipendekkan 1 jam 45 minit kerana kita batalkan rehat tengah hari itu,” katanya. - FMT


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan