Header Ads

ads header

Flash News

Najib didapati bersalah salah satu pertuduhan


KUALA LUMPUR
- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Sebelum ini, Najib, 67, didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

# SH

MR :  Kena satu pun sudah cukup untuk Atok bergembira sehingga ajal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan