Header Ads

ads header

Flash News

Najib harus berkorban demi BN selepas sabitan kes rasuah, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik berkata, Najib Razak harus berkorban demi Barisan Nasional dengan tidak menawarkan dirinya bertanding pada pilihan raya untuk kelangsungan gabungan pelbagai kaum itu.

Noor Sulastry Yurni Ahmad dari Universiti Utara Malaysia berkata, ahli Parlimen Pekan itu disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah yang menjejaskan reputasinya sebagai ahli politik berpengaruh di mata rakyat.

“Saya meneliti perjalanan politik turun naik BN, Umno dan Najib khususnya, saya nasihatkan jangan bertanding lagi, cukuplah sumbangan beliau kepada negara, bagi peluang kepada orang lain yang rekodnya lebih bersih.

“Ada yang kata mungkin selepas ini jika Najib merayu, tiba-tiba terbukti tidak bersalah pula, yang pada pendapat saya agak susah,” katanya kepada FMT.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara Najib membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Sulastry berkata, harus diingatkan apabila hukuman dijatuhkan, tertuduh sudah didapati bersalah.

“Beliau tidak boleh kata tidak bersalah sebab hukuman sudah dijatuhkan. Namun, dari segi rayuan, pesalah boleh minta untuk kurangkan denda atau hukuman.”

Beliau berkata, rakyat tentu tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

“Mungkin Najib berniat baik macam Dr Mahathir Mohamad sebelum ini hendak tolong negara, tetapi apa kesudahannya?

“Kita tidak mahu jadi macam itu lagi. Jika beliau hendak bantu, bolehlah beri tunjuk ajar kepada orang dalam parti untuk naik. Itu saya kira lebih selamat.”

Beliau turut menasihatkan veteran politik yang terpalit kes pecah amanah atau terlalu lama dalam sistem pentadbiran negara supaya berhenti berbuat demikian.

“Anggota pentadbiran termasuk jemaah menteri yang ditonjolkan Perikatan Nasional pada masa ini dilihat sudah cukup bagus dengan menggabungkan ahli korporat, tokoh ilmuan dan agama.

“Tetapi, masih ada muka lama yang didakwa mempunyai kes (pecah amanah), namun belum dibongkar dan dilantik sebagai menteri, imej sebegini sedikit sebanyak memberi isyarat kepada pengundi.

“Ia menggambarkan politik di negara kita belum telus dan bersih sepenuhnya.”

Susulan sabitan ke atas Najib, bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Selasa menggesa parti itu melakukan proses rejuvenasi dan berharap Umno tidak diheret sekali dalam kes berkenaan.

“Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan yang memberi kesan besar kepada Umno. Saya yakin ahli Umno akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu dalam parti.

“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat Umno ini dan untuk kita melihat suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era baru,” tulis ahli Parlimen Rembau itu di blognya.


#Kredit :FMT    

MR : Belum betul-betul bersalah kerana masih ada 2 mahkamah lagi yang melibatkan 3 dan 5 hakim.   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Suranty...

    JANGAN BICARA TENTANG PENGORBANAN DSN!!

    KAMU BELUM LAHIR LAGI...DSN SUDAH MENGENAL, MELALUI, MERASI DAN BERKORBAN DALAM PENGORBANAN SAMADA PERINGKAT PARTI DAN NEGARA.

    BalasPadam
  2. Pengorbanan DSN terhadap negara dan rakyat terlalu banyak dan begitu juga dengan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan terdahulu semasa pemerintahan DSN.

    BalasPadam