Header Ads

ads header

Flash News

Najib lagi dipersalahkan punca Bersatu berpecah oleh Tun Mahathir


PERPECAHAN yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada kumpulan tertentu dipercayai berpunca daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu dimaklumkan apabila Bersatu berpecah kepada dua kumpulan iaitu Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, keahlian Dr Mahathir dan mereka yang menyokongnya tergugur secara automatik dalam satu kenyataan media pada Mei lalu.

Faktor perpecahan itu juga dikatakan terdapat hasutan daripada Ahli Parlimen Pekan itu kepada beberapa pemimpin Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu termasuk menawarkan jawatan dalam kabinet.

“Malangnya, dalam parti kita (Bersatu) ada yang nampak peluang nak jadi perdana menteri.

“Dengan perpisahan ini, kita jadi parti yang berpecah, bukan bersatu lagi.”

Demikian kata bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam ucapannya ketika program Blackout Bersatu dengan Dr. Mahathir seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga dilaporkan berkata bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai seorang yang tidak mampu lakukan sesuatu merugikan orang Melayu.

“Ya memang dia (Lim) bijak, tapi dia tak boleh lakukan sesuatu yang tak dipersetujui oleh kita.

“Patut kita sedar bahawa ini usaha Najib untuk takutkan orang Melayu supaya dia dapat jatuhkan Pakatan Harapan (PH).”

Kata Dr. Mahathir menafikan dakwaan Najib bahawa DAP akan menghancurkan masyarakat Melayu jika berkuasa.

Ini kerana menurutnya, ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan itu, hanya ada enam orang Menteri dalam kabinetnya.

“DAP ada enam menteri. Kita ada 22 menteri. Dan tak mungkin 22 menteri ini tunduk pada enam menteri,” jelasnya.

Kerajaan PH tumbang pada hujung Februari lalu apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta Pengerusi Bersatu.

Insiden politik itu juga menyaksikan perpecahan Bersatu sehingga Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, perpecahan turut berlaku dalam PKR apabila bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti. – SM

MR :  Berapa lama penyokong mereka nak diperbodohkan?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Bapa penghasut menuduh orang lain menghasut. Tolong mampus cepat, please.

    BalasPadam
  2. Tere gak Najib ni. Lagi tere dari Atok. Udah le Atok, Atok yang letak jawatan, dia salahkan orang lain. Dah le letak jawataan tak bincang. Yang sebenarnya semua komponen dalam PN memang benci DAP jadi PN ambil peluang nyahkan DAP dari kerajaan...bila lagi. Hancur negara jika dibiarkan DAP yang biaDAP dan tak hormat orang Melayu dan agama Islam.

    BalasPadam
  3. Betul tu biar Mahathir ini mampus cepat,sebelum pilihan raya ke 15 akan datang, kucar kacir negara dan rakyat dibuatnya... Yg menjilat jubur pun ikut sama mampus cepat...

    BalasPadam
  4. ....wow tere betul dsNajib.!!!

    ....atok letak jawatan PM pun kerana dsNajib punye ayat POWER!!!

    DSN: Hang esok MESTI letak jawatan!!

    Atok : Tak mau laa...bagi aku sampai sidang APEQ dulu.

    DSN : Hang jng nak tujuk tere! Aku LESING kangggg!!

    Atok : ok ok ok....tapi bagi aku jadi PM stim dulu...eh eh...bukan stim ...interim.

    DSN : buleh..buleh...tapi tak lama tau..6 ari jee!!

    Atok : tq tq rumbu nandri!!!

    BalasPadam
  5. Hahaha... cakap ape je la pun, org dah x kesah sama atuk dah.. kat parlimen pun sampai terduduk kena bantai ngan Bung Mokhtar.

    BalasPadam