Header Ads

ads header

Flash News

Najib Razak ucap selamat hari lahir ke-95 kepada Mahathir


PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad menerima ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 hari ini daripada seterunya, beberapa bulan selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam catatan di Twitter, Najib Razak yang digantikan oleh Mahathir selepas PH memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018, mendoakan bekas mentornya itu panjang umur dan diberkati selain diberi kesihatan yang baik.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.

“Selamat ulang tahun ke-95, tuan,” katanya.

Banyak ucapan disampaikan melalui media sosial kepada Mahathir, pemimpin paling lama berkuasa di Malaysia yang juga pernah memegang jawatan perdana menteri sebanyak 2 kali.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang merupakan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dalam Kabinet ke-2 Mahathir, turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada negarawan veteran itu dalam catatan Facebooknya yang disertakan gambar mereka bersama.

“Foto ini diambil pada hari saya ingin mendengar sendiri penjelasan anda mengenai semua soalan yang saya sampaikan di Putrajaya.

“Saya mungkin tidak menyukai semua yang saya dengar, tetapi saya tahu anda jujur dalam menjawab soalan ini. Inilah yang membuatkan saya suka mengenai anda – kejujuran anda, walaupun itu bermaksud kehilangan sokongan, ” katanya.

Mengucapkan terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk kembali sebagai perdana menteri, Yeoh berkata, ramai rakyat Malaysia mendoakan Mahathir dan menginginkan “ulang tahun yang paling bahagia” untuknya.

“Saya mungkin tidak akan hidup sehingga berusia 95 tahun, tetapi jika mencapainya sekali pun, saya tidak dapat melakukan apa yang telah anda lakukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini – gigih memerangi mereka yang terlibat dalam 1MDB.

“Selamat ulang tahun ke-95 yang paling bahagia Tun!,” katanya.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Selamat ulang tahun ke 95,
    Kepada tun mahadir,
    Semoga sihat dan dipanjangkan umur,
    Utk terus berpolitik dan menjadi PM kali ke,3.

    BalasPadam
  2. Minta tdm, konco2 dan keluarga yang terlibat diheret ke mahkamah secepat mungkin mencuri duit rakyat.

    BalasPadam