Header Ads

Header ADS

Najib setuju, Kembalikan Labuan ke Sabah jika pusat tak dapat bangunkan.. siapa tak bangun?


Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen Labuan bahawa Labuan patut dikembalikan kepada Sabah sekiranya kerajaan Persekutuan tidak dapat membangunnya.

Tetapi, saya rasa lebih elok jika Ahli Parlimen Labuan kembalikan kerusi parlimen Labuan kepada BN.

Dia menang atas tiket BN tapi dia lompat ke Warisan selepas PRU14.

Selepas lompat ke PH pun, kerajaan PH masih gagal membangun Labuan.

Satu contoh ialah projek Jambatan Labuan yang amat diperlukan untuk membangun Sabah telah dibatalkan kerajaan pusat PH.

Dengar sendiri alasan rasmi dari Menteri HARAPAN Coin yang juga memetik Menteri Kewayangan PH kenapa projek Jambatan Labuan telah dibatalkan.

ALASAN 1: Kos kajian sebanyak RM14 juta terlalu tinggi dan tak munasabah.

Ttapi kedua-dua menteri itu tak sebut pun kenapa kos kajian RM305 juta untuk projek terowong ajaib Pulau Pinang kesayangan Menteri Kewayangan dianggap sebagai tak tinggi dan adalah munasabah.

Mungkin akauntan tak bertauliah percaya RM14 juta adalah jauh lebih tinggi berbanding RM305 juta?

Tukang sampaikan mesej Menteri HARAPAN Coin pun bersetuju tanpa sebarang bantahan walaupun dia faham ini alasan tak masuk akal dan amat hipokrit.

ALASAN 2: Bimbang apabila bina jambatan Labuan, ramai orang miskin Sabah akan menyusup masuk ke Labuan untuk buat kacau.

Jambatan Labuan ini antara projek yang kerajaan BN mahu mulakan apabila saya mengumumkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 pada awal tahun 2018.

Tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan PH selepas PRU14.

Bajet untuk kajian juga ditarik balik kerana kononnya "terlalu tinggi dan tak munasabah".

Kegagalan bersama Ahli Parlimen yang lompat ke Warisan/PH dengan kerajaan pusat PH untuk membangunkan Labuan tidak bermakna Ahli Parlimen PN dan kerajaan PN juga akan turut gagal membangunkan Labuan.

Sebab itu, serah kembali kerusi parlimen Labuan itu kepada BN dan biarlah kerajaan pusat PN cuba membangunkan Labuan.

Serah balik supaya kita boleh try.


NAJIB RAZAK



MR :  Setuju dengan Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalit kata org sabah miskin,,mp labuan bodo tu pulak nk pulangkan.labuan.ke sabah,,lembu lagi cerdik drpd mp labuan

    BalasPadam
  2. ...kalid cakap....org sabah masuk ke Labuan akan menimbulkan masalah!!!
    ( alasan jambatan dari manumbuk ke labuan tidak dibuat)

    ....hahaha...inilah alasan yg paling best!!!

    .....apa lagi orang sabah...kasi bungkus buang dlm laut itu Warisan!!!

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.