Header Ads

ads header

Flash News

Nik Omar sah lepas jawatan YDP Yadim


PUTRAJAYA:
Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan beliau melepaskan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semalam, ketika surat kepada kakitangan yayasan berhubung perkara itu tular di media sosial.

“Dibuat serta-merta,” katanya kepada FMT, dan menambah ia selepas diarah berbuat demikian. Perkembangan ini 5 bulan lebih awal daripada kontraknya yang berakhir pada Disember.

Beliau juga memaklumkan sudah ada calon untuk jawatan itu. “Setakat maklumat yang saya perolehi.”

Nik Omar dilantik mengetuai Yadim pada 14 Dis 2018 bagi tempoh 2 tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan, menggantikan Yusri Mohamad yang tamat tempoh kontraknya pada 31 Oktober.

Pelantikan pemimpin Amanah itu, yang juga anak kepada pemimpin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengikut fasal perlembangaan Yadim yang memberi kuasa pelantikan YDP dan timbalannya kepada perdana menteri.


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan