Header Ads

ads header

Flash News

Orang Azmin disingkirkan dalam wanita PKR kini di isi dengan orang Anwar


KUALA LUMPUR:
Wanita PKR terus bersiap siaga dalam apa jua keadaan dengan beberapa barisan kepimpinan baru yang dilantik semalam.

Setiausaha Wanita PKR Nor Azrina Surip berkata, jentera wanita di seluruh negara akan digerakkan bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-14 lalu kembali memerintah.

“…usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Merbok itu berkata, pada mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat semalam, beberapa pengerusi jawatankuasa dilantik yang menampilkan wajah baru menganggotai barisan pimpinan tertinggi wanita dalam parti.

Antaranya beliau sendiri sebagai setiausaha Wanita Pusat; Fadhlina Sidek sebagai pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti serta G Sivamalar selaku pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.

Turut dilantik Dr Zaliha Mustafa sebagai pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan manakala Loh Ker Chean dipilih sebagai Exco yang dilantik membarisi Majlis Pimpinan Wanita Pusat.

Lapan ketua Wanita negeri turut diumumkan selepas Majlis Konsultasi bersama ketua Wanita bahagian dan pengerusi Majlis Pimpinan di negeri masing-masing.

Mereka ialah Rodziah Ismail (Selangor), Rohaidah Mamat (Wilayah), Amni Idris (Negeri Sembilan), Naziratul Aini Muhamad Sayuty (Kelantan), Junaida Jamaludin (Perak), Napsiah Khamis@Maharan (Johor), Che Meriah Che Endut (Terengganu) dan Barirah Mokhtar (Pahang).

“Ketua Wanita 6 negeri lagi akan diumum kemudian,” katanya.

Nor Azrina berkata, selain menzahirkan kesatuan yang tidak berbelah bahagi, pimpinan terbaru itu bukan sahaja menampilkan beberapa wajah baru, malah turut menterjemahkan penggemblengan golongan muda dan mereka yang sangat berpengalaman dalam sacuan pelbagai kaum.

Pada 11 Julai lepas, ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dilantik sebagai ketua Wanita PKR yang baru selepas bekas penyandangnya, Haniza Mohamed Talha dipecat oleh parti pada 29 Jun.


MR :  PKR parti kroni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Sudah terlambat pkr nk tunjukan bukti kpd rakyat, dh diberi peluang 22 bulan mentadbir negara.. Apa yg pkr buat pd masa itu? Rakyat yg mengundi kamu ketepikan, janji kamu masuk tongsampah, bila dh hilang kerajaan baru kamu ingat rakyat yg mengundi kamu? Dh xada lagi maaf bg mu... Kamu kena ingat.. Berpijaklah dibumi nyata bahawa kwrajaan PH sudah tiada lagi.. Istana PH dh terbakar hangus dibakar oleh PM kamu sendiri, kapal PH dh ditenggelamkan oleh kapten PH sendiri,berpijaklah dibumi nyata.. Salahkanlah PM kamu pd masa itu, kwlut ini dicipta oleh PM kamu yg bijak sana... Kononyalahhhh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang PKR dah diberi peluang.. tetapi ramai sgt musuh dalam selimut.. mereka2 ni yg melengah2kan dan sengaja sabotaj dan tak buat kerja supaya rakyat nampak PH sgt lemah memerintah.. ape yg Azmin buat masa tu? Ape yg Muhyidin buat masa tu? Mereka menteri masa tu.. bila dah berpaling tadah pandai pulak buat keje.. Tun pun sama.. sengaja taknak lulus segala perubahan dalam janji manifesto.. mereka2 yg sabotaj ni yg nak PH lingkup.. yg kesian kat geng PKR yg setia..Amanah dan DAP.. tapi takpelah.. sekurang2nya PKR dah bersih ckit.. Amanah dan DAP dah menyokong Anwar.. padan muka kat Mahathir.. terlepas segala2nya setelah dia yg mulakan segala2nya..

      Padam
    2. Puak munafik sahaja kesian kat pakatan hancing pimpinan parti kafir harbi Dogs And Pigs yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

      Padam
  2. …usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Kalau bercakap memang hebat dengan ayat2 retorik. Yg lain2 hancuuur

    BalasPadam