Header Ads

ads header

Flash News

PAS semakin diterima bukan Islam


REMBAU
: PAS Negeri Sembilan menerima hampir 200 borang keahlian Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) di pejabat PAS Rembau di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Dr Badzli Bakar berkata, penyerahan borang keahlian DHPP itu disempurnakan Ketua DHPP Malaysia, Senator N Balasubramaniam kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

“Majlis ramah mesra bersama pimpinan DHPP pusat dihadiri oleh Pengerusi DHPP sendiri Senator Balasubramaniam dan barisan pimpinan PAS Negeri Sembilan.

“Pertemuan berlangsung hampir satu jam dan hampir 200 borang keahlian DHPP Negeri Sembilan diserahkan terus kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dalam suasana yang harmoni,” katanya ketika ditemui tadi.

Katanya, ini menandakan perjuangan PAS semakin diterima bukan muslim dan buktinya mereka berminat menjadi ahli DHPP yang juga salah satu sayap parti PAS.

“Untuk itu PAS juga sedang merangka beberapa program yang dicadangkan termasuk pelancaran DHPP dan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan pada 29 Ogos ini bertempat di Komplek PAS Negeri Sembilan (KOMPAS).

“Dengan pertambahan ahli DHPP di negeri ini, ia akan menjadi lebih mudah bagi jentera bergerak terutama di kawasan yang ramai bukan Islam untuk memberikan penerangan hala tuju dan perjuangan PAS yang bukan sahaja menjaga agama tetapi rakyat keseluruhan termasuk bukan Islam,” katanya.

Badzli berkata, PAS menjangkakan akan lebih ramai bukan Islam akan tertarik dengan PAS dan menyertai DHPP di masa akan datang.

“PAS sentiasa terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menjadi ahli tanpa mengira agama kerana PAS berjuang untuk semua, PAS for all.

“Mereka yang berminat menjadi ahli boleh berjumpa wakil DHPP di setiap negeri dan kita mengalu-alukan penyertaan mereka kerana PAS adalah parti untuk semua kaum,” katanya.- HARAKAHDAILY 28/7/2020

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan