Header Ads

ads header

Flash News

Promosi ‘It’s a God gift’ di peringkat antarabangsa, Jawab Dr Khairuddin kepada Soalan DAP


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan terus mempromosikan slogan ’Sawit Anugerah Tuhan’ atau “It’s a God gift” di peringkat antarabangsa sebagai salah satu strategi memperluaskan penggunaanya.

Menjawab soalan tambahan dari Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) tentang kaedah promosi kementerian tersebut ke peringkat antarabangsa, Timbalan Menteri 1, kementerian berkenaan, Willie Mongin berkata pihaknnya akan menguar-uarkan dan terus menobatkan penggunaan kelapa sawit.

“Memang benar kita akan menguar-uarkan slogan kita bahawa Sawit Anugerah Tuhan. Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris “’It’s a God gift”.

“Dan kita akan terus menobatkan sawit kita sebab kita percaya kita boleh perluaskan penggunaannya di peringkat hiliran, ini kita nak value added itu berlaku dalam negara kita,” katanya menjawab soalan Khoo di Dewan Rakyat hari ini.

Khoo dalam soalan tambahannya bertanya adakah slogan tersebut jika diterjemahkan kepada bahasa Inggeris ia mampu meyakinkan peringkat antarabangsa yang kini sedang giat menjalankan kempen anti kelapa sawit.

“Memandangkan kerajaan baru telah mengeluarkan satu slogan yang baru, Sawit Anugerah Tuhan, jadi soalan saya kepada menteri adakah kerajaan rancang untuk gunakan slogan ni Sawit Anugerah Tuhan ke peringkat antarabangsa.

“Terutamanya bila kita nak lawan kempen anti kelapa sawit dan kalau kita cuba terjemahkan Sawit Anugerah Tuhan ini kepada bahasa Inggeris, kalau ‘pengkhianat,’ kita translate dalam english (sebagai) ‘traitor.’

“Kalau kita translate Sawit Anugerah Tuhan, adakah ia akan meyakinkan pasaran antarabangsa?” soal Khoo.

Soalan Khoo itu susulan pengumuman Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat sebelum ini mengenai penukaran slogan Kempen Sayangi Minyak Sawitku yang dimulakan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini dijenamakan semula dengan nama baru, iaitu kempen Sawit Anugerah Tuhan.

Dalam soalan tambahan lain, Jalaluddin Alias (Umno-Jelebu) menyoal Willie mengenai status Bantuan Tanam Semula (BTS) dan sama ada kementerian tersebut memberikannya sebagai bentuk geran sama seperti era pentadbiran BN atau ia kekal pinjaman seperti yang diamalkan oleh PH.

“Harga lantai di peringkat kementerian kita belum memberi ketetapan tapi sentiasa terbuka untuk memertabatkan industri sawit dan bantu pekebun kecil dan kita akan bincangkan di peringkat kementerian.

“Masa kerajaan PH mereka keluarkan geran BTS ini dan tukar kepada pinjaman dan ramai pekebun sawit terkesan (dengan perkara ini).

“Memandangkan kerajaan PN ini prihatin dan kita telah minta kerajaan untuk memberi geran ini semula dan telah pun minta di dalam rancangan Malaysia ke-12 dan kita akan jadikan realiti sebab kita kerajaan yang prihatin,” katanya.

MR :  Itu terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Patutnya "Gift from Almighty".

    BalasPadam
  2. Atau pun Most Merciful's Gift.

    BalasPadam
  3. Atau pun gift from the Most Gracious, Most Magnificent.

    Sila elak gunakan perkataan God dalam terjemahan Allah.
    Kita bertuah kerana Allah ada 99 nama yang boleh gunakan yang mempunyai Takrifan yang lebih tepat.

    God= Tuhan. Dan God bukannya Allah.
    Allah is The One God.

    BalasPadam
  4. Bukankah ini membuktikan puak kafir harbi roket tidak percaya pada Tuhan ? Kulit evangelis, hati komunis ??? Makhluk alien ???

    BalasPadam