Header Ads

ads header

Flash News

PRU-15: Berubahlah, jangan lagi diperbodoh orang politik


BANGI, 4 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Sudah tiba masa minda rakyat sebagai pengundi berubah ke arah yang lebih matang dan bukan lagi sebagai pak turut, demikian kata Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris.

Beliau yang berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebagai medan terbaik memilih calon berwibawa berkata, tidak salah rakyat memilih individu bukan dari parti yang disukai.

“Jangan pula sampai kita taksub pada parti sehingga sanggup dicatur oleh ahli-ahli politik untuk kepentingan mereka.

“Kita tidak menjangka bila PRU-15, namun kita mesti bersedia dari sekarang bagi menunaikan hak kewajipan kita sebagai pengundi yang bebas dalam memilih pemimpin yang berwibawa meskipun daripada kalangan calon Bebas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA turut mengingatkan, pengundi supaya berani membuat perubahan kepada yang lebih baik demi masa depan generasi akan datang.

Jika pemimpin hari ini begitu dinamik bermain politik maka sebagai pengundi tepuk dada tanya hati masing-masing, sampai bila kita hendak diperbodohkan oleh ahli-ahli politik korupsi yang meletakkan kepentingan perut mereka tanpa benar-benar mahu membela rakyat dan negara,” katanya.

Pada masa sama, Haji Rashidi menggesa, rakyat berani mengundi calon yang benar-benar mahu membela kebajikan rakyat, meskipun terperangkap dalam keadaan terpaksa mengundi calon Bebas asalkan pro-Muafakat Nasional (MN).

“Ini kerana sekali pun ia seorang calon Bebas namun akhirnya tetap akan berkerjasama juga dengan mana-mana parti yang menang,” katanya.

Selain itu, beliau tidak menolak kemungkinan keadaan sedemikian berlaku apabila calon wakil rakyat yang diletakkan di suatu kawasan itu adalah semata-mata untuk kepentingan parti atau gabungan mereka sahaja, bukan untuk kepentingan negara serta rakyat.

“Sebagai contoh, sekiranya kawasan itu jelas majoritinya adalah orang Melayu tetapi mereka daripada pimpinan tertinggi parti atau gabungan meletakkan calon bukan Islam sebagai calon dengan tujuan menjaga kepentingan kerjasama parti-parti yang ada dalam gabungan mereka.

“…malah ada yang bukan dari anak watan di kawasan itu, apakah kita sebagai pengundi harus mengikut kehendak ahli-ahli politik ini?

“Begitu juga seorang ahli politik yang dicalonkan – kita sedia maklum dengan latar belakang peribadinya yang penuh dengan sejarah maksiat dan salah laku, apakah kita perlu juga memilih mereka hanya kerana mereka hendak menjaga kepentingan sesama parti-parti dalam gabungan mereka?,” soalnya.  -- ISMAWEB



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mengapa cina DAP benci kan PAS?
    Kerana orang PAS berpegang teguh pada agama.
    Orang yg berpegang teguh pada agama memang susah utk di beli dan di sogok dengan harta benda kemewahan.
    Itu sebenarnya.

    BalasPadam
  2. Parti DAP,MCA dan Gerakan yang didominasi oleh ultra kiasu kaum cina di lihat fobia yang tidak berasas terhadap Islam dan PAS . Parti parti tersebut menghantu hantukan PAS dan Islam secara membabi buta,sedangkan rekod PAS memerintah Terengganu dan Kelantan tidak pernah membulikan kaum cina dan mereka di beri layanan yang adil. Umum mengetahui PAS adalah parti yang paling bersih dari segi elemen rasuah,salahguna kuasa,berdaya tahan bila dibuli oleh kerajaan pusat dan paling berintegriti. Yang meracau racau dalam pan semuanya telah ditolak oleh akar umbi PAS dan mereka sanggup dijadikan khadam dan lauk oleh Dogpig.Sudah tiba masanya MCA hanya perlu bertarung secara jantan di kawasan majoriti Cina dan tidak lagi hanya menumpang sokongan kaum Melayu sahaja. Amat malang tika mana rakyat telah memberi mandat kepada ph untuk melakukan perubahan total dan memberi keutamaan kepada rakyat namun peluang serta ruang yang terhidang selama 22 bulan telah disalahguna untuk mereka bercakaran hanya kerana jawatan PM serta membalas dendam kepada BN dan yang paling menyakitkan ialah rakyat telah dikencing kencingkan melalui janji gajah boleh terbang ph

    BalasPadam