Header Ads

ads header

Flash News

RUU 355, bukan bermakna kita berhenti lihat mana keutamaan sekarang kata PAS


PAS tidak pernah berhenti memperjuangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 kerana itu merupakan cita-cita parti itu sejak sekian lama.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun, buat masa ini keutamaan PAS adalah untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

“Keutamaan hari ini adalah masalah ekonomi dan wabak Covid-19, itu yang perlu diselesaikan sekarang kerana ia kebimbangan yang paling utama. Lepas itu kita pergilah peringkat demi peringkat, bukan bermakna kita berhenti (perjuangkan RUU 355),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS sanggup menunggu untuk satu tempoh masa yang lama bagi meminda perkara berkaitan rang undang-undang itu.

- Bernama

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan