Header Ads

ads header

Flash News

Sarawak hadapi gelombang kedua Covid-19 – Uggah


KUCHING –
Sarawak kini menghadapi gelombang kedua pandemik COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata dengan peningkatan mencecah dua angka iaitu sebanyak 10 kes positif hari ini menunjukkan rakyat di bumi kenyalang ini perlu lebih berdisiplin kerana keberadaan virus itu di sini semakin membimbangkan.

“Pada Isnin ini kita akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Kesihatan Sarawak bagi mendapat maklumat penuh berhubung kedudukan semasa bekalan alat perlindungan peribadi (PPE) di semua hospital di negeri ini.

“Sarawak perlu bersiap sedia dan sekiranya jumlah PPE tidak mencukupi kita akan membuat pembelian tambahan dan petugas barisan hadapan juga diingat supaya bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 negeri di bangunan DUN Lama di sini, hari ini.

Pada hari ini juga terdapat dua kluster baharu yang dikesan di Sarawak iaitu kluster Kapal LNG Jupiter dan Pusat Perubatan Kuching yang masing-masing mencatatkan tiga dan dua kes positif.

Statistik kumulatif JPBN negeri sehingga pukul 5 petang tadi menunjukkan Sarawak mencatatkan 594 kes positif, kes baharu 10, kes yang disyaki (PUI) 8,743, PUI baharu 23, jumlah yang telah sembuh 594, jumlah maut seramai 10 orang.

Sementara itu, Uggah berkata bagi membendung penularan wabak itu yang semakin mengganas, ujian, temu duga dan pemeriksaan COVID-19 secara rawak juga akan dilakukan di kawasan tertentu serta masyarakat diingat agar memberikan kerjasama yang sebaiknya.

“Kita menemuduga untuk mengetahui sekiranya mereka adalah kontak rapat atau tidak dan jika ya, kita akan beri saringan. Ia juga percuma,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata mesyuarat JPBN hari ini memutuskan semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah ditetapkan dengan ujian COVID-19 akan dilakukan pada hari kedua dan hari ke-10.- BERNAMA

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan