Header Ads

ads header

Flash News

Saya minta lain kali bila baca tajuk yang spicy juicy pussy, lebih selamat untuk anggap artikel itu tak benar


'In Malaysia, Muslims cannot be sued for ruining a non-Muslim couple's marriage' - Ask Legal (https://asklegal.my/p/marriage-divorce-non-muslim-sue-third-party).

Saya nampak seorang dua ada share artikel ini di Facebook. Apa lagi, ramai dah mula canang komen-komen yang berbaur perkauman dan hasutan. Saya minta lain kali bila baca tajuk yang spicy juicy pussy, lebih selamat untuk anggap artikel itu tak benar. Don't judge a book by its cover!

Berikut adalah komen saya:

1. Menurut seksyen 58 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, mana-mana orang yang ingin menceraikan suami atau isterinya atas alasan zina, dia boleh dalam masa yang sama failkan saman untuk tuntut gantirugi zina daripada pihak ketiga itu. Saman gantirugi zina hanya boleh dituntut sekiranya petisyen perceraian difailkan dan bukan petisyen pemisahan kehakiman (iaitu suami isteri boleh hidup berasingan tapi tak boleh kahwin lain). Dalam kes yang dilaporkan itu, petisyen pemisahan kehakiman difailkan. Jadi sememangnya gantirugi zina tidak boleh dituntut. Isu berlainan agama hanyalah obiter dictum (passing remark).

2. Tapi andaikan petisyen perceraian difailkan, kenapa orang Islam boleh dikecualikan daripada membayar gantirugi zina kepada yang bukan Islam? Sebab seksyen 3(3) Akta yang sama menyatakan bahawa 'Akta ini tidak terpakai bagi seseorang Islam ...' Dan untuk pengetahuan semua, Akta tersebut digubal oleh Parlimen Malaysia, dan bukan oleh DUN Kelantan atau Terengganu. Parlimen boleh meminda Akta ini pada bila-bila masa. Tapi, janganlah salahkan Mahkamah pula!

3. Dan jangan sesekali ingat bahawa orang Islam boleh terlepas begitu sahaja selepas memusnahkan rumahtangga orang bukan Islam. Zina, walaupun bukan "kesalahan" sivil untuk pihak ketiga yang beragama Islam, merupakan kesalahan jenayah untuk pihak ketiga yang beragama Islam. Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996, sebagai contoh, memperuntukan bahawa lelaki atau perempuan yang melakukan seks luar nikah boleh didenda maksimum RM 5,000 atau dipenjara maksimum 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. So, antara kena bayar pampasan dan masuk penjara/sebat, mana satu hukuman lebih berat?

Bila cakap pasal bab equality of law, andaikan seorang Islam dan bukan Islam masuk hotel dan andaikan masa mereka tengah main, ada serbuan. Tapi hanya yang beragama Islam kena hukuman di bawah seksyen 23 Enakmen di atas. Yang bukan beragama Islam terlepas begitu sahaja. Bukankah ini juga dikatakan tidak adil? Tapi itu lah undang-undang. Menurut seksyen 74 Enakmen di atas '[t]iada keputusan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh melibatkan mana-mana hak atau harta seseorang bukan Islam.'

P.S. Lahir bodoh tak apa, Nak mati bodoh pun tak apa. Tapi jangan hidup bodoh. Menyusahkan orang. Mintak, jangan tulis, kongsi atau komen tanpa pengetahuan yang mencukupi. AskLegal, boleh?

FB
DR. SHAMSHER SINGH THIND




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Yang anti Islam akan hanya guna fitnah dan penipuan kerana kalau tidak mereka terpaksa tunduk kepada kebenaran dan tidak lagi memuaskan nafsu kerakusan mereka.

    BalasPadam