Header Ads

ads header

Flash News

"Saya petik jari Infinity je, Bersatu berpecah dan PH tumbang." Najib sindir Mahathir


PERPECAHAN yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada kumpulan tertentu dipercayai berpunca daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, menurut bekas Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad.

Faktor perpecahan itu juga dikatakan terdapat hasutan daripada Najib Razak kepada beberapa pemimpin Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu bersama PAS termasuk menawarkan jawatan dalam kabinet.

“Malangnya, dalam parti kita (Bersatu) ada yang nampak peluang nak jadi perdana menteri.

“Dengan perpisahan ini, kita jadi parti yang berpecah, bukan bersatu lagi.”

Demikian kata Mahathir dalam ucapannya ketika program Blackout Bersatu bersama saki-baki penyokongnya yang masih berada di dalam parti Bersatu.

Untuk rekod, kerajaan PH tumbang pada hujung Februari lalu apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri setelah diasak bertubi-tubi oleh pemimpin DAP dan PKR supaya serahkan jawatan PM dengan segera kepada Anwar Ibraim sebelum bulan Mei yang lalu.

Insiden politik itu menyebabkan keadaan politik dan pentadbiran negara menjadi kucar kacir di tengah-tengah tersebarnya wabak Covid-19 di dalam negara dan seluruh dunia.

Akhirnya Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri setelah Yang di-Pertuan Agong melakukan undian dengan kaedah menemuduga setiap seorang ahli parlimen samada untuk memilih antara 2 calon ketika itu iaitu Muhyiddin ataupun Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Respon Najib


Sejurus tersebarnya ucapan Mahathir itu, Najib pula telah memuatnaik satu kenyataan di Facebooknya sebagai respon terhadap tuduhan Mahathir itu.

"Saya petik jari sarung infiniti je, Bersatu dah Berpecah dan kerajaan pun tumbang."

"Petik kali kedua, geng dia terus blackout."

"Tak percaya? Tanya, PM4/7/7i." sindir Najib

Posting Najib mendapat lebih 18 ribu sukaan.

-Tun Carlos

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Haha dsn pandai lawak! Sebenarnya kutty salah guna batu infinity, dia petik kot lain.

    BalasPadam
  2. Mamak kutty belum dapat kumpul semua infiniti stone dah petik jari, mmg la gagal tak jadi.. hahaha...dah tua gayut buta dlm gelap(blackout) pulak skarang.. kesian..

    BalasPadam
  3. Mahathir always PERFECT....bro !?!?

    BalasPadam
  4. Xabs2 nk slh ke org lain bior pon slh dri sdri

    BalasPadam