Header Ads

ads header

Flash News

Shafie Afdal rasa dia adalah penyelesaian untuk kebuntuan calon PM


Mohd Shafie Apdal percaya pencalonannya untuk menjadi perdana menteri dari blok pembangkang dibuat sebagai jawapan kepada kebuntuan politik semasa dihadapi negara ini.

Bagaimanapun kata ketua menteri Sabah itu, Pakatan Harapan (PH) teragak-agak membuat keputusan dan tidak bertegas dengan rancangan berkenaan.

“Apabila saya dicadangkan sebagai calon perdana menteri, ia adalah untuk menyelesaikan kebuntuan politik semasa.

“Bagaimanapun, mengikut kenyataan terkini daripda PH, ia jelas menunjukkan mereka tidak dapat membuat keputusan muktamad.

“Saya percaya saya merupakan penyelesaian kepada kebuntuan semasa tetapi (kemudian) kita dapat lihat ketidaktentuan. Sekarang kita tidak ada keputusan, itu memang jelas,” kata Shafie di Dewan Masyarakat Keningau, Sabah hari ini.

Sebelum ini PH membayangkan mereka mampu mengambil semula Putrajaya daripada Perikatan Nasional (PN) ketika sokongan ahli parlimen terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diyakini goyah.

Bagaimanapun PH gagal mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk ditawarkan bagi menarik sokongan ahli parlimen.

Antara yang dicadangkan ialah gabungan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, serta Anwar dan Mukhriz Mahathir.

Ada perbincangan lanjut lagi

Mahathir kemudian mengusulkan nama Mohd Shafie sebagai calon dengan Anwar - yang juga pengerusi PH - sebagai timbalan.

Pada 6 Julai lalu Majlis Presiden PH memutuskan untuk kekal dengan Anwar sebagai calon perdana menteri dan pada masa sama ahli parlimen Port Dickson itu mempunyai mandat penuh untuk meneruskan perbincangan dengan semua pihak.

Mesyuarat tersebut juga membincangkan cadangan untuk menamakan Shafie sebagai calon perdana menteri.

Kata Mohd Shafie bukan sesuatu yang terdesak untuk mengangkat seorang pemimpin dari Sabah untuk menjadi perdana menteri selepas negeri itu menjadi sebahagian daripada negara ini pada 1963.

Menurut bekas naib presiden Umno itu lagi, bukan semestinya beliau yang dilantik menjadi perdana menteri mewakili negeri berkenaan.

Cuma katanya sehingga kini belum ada seorang pun pemimpin Sabah diangkat menjadi perdana menteri.

Dalam kenyataan sama Mohd Shafie juga membayangkan akan ada perbincangan lanjut mengenai hal itu di Kuala Lumpur menjelang sidang Dewan Rakyat pada 13 Julai ini.


MR :  Maka bertambah lagi kebuntuan calon PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Pemimpin buntu pengikut celaru.

    BalasPadam
  2. hang jaga sabah pun celaru...
    pendatang Pakistan ,bangla pun dapat IC.

    nak jaga Negara ka..? hahahahahah

    BalasPadam
  3. Shafie Afdhal...adalah afdhal beliau tidak menawarkan diri beliau untuk calon pm . Tak layak pun,,namun,,maaf jika saya tak betul. Saya yakin,,ini semua adalah trick tun m, shafie afdhal supaya geng ph tak boleh persalahkan tun m kerana menjahanamkan kerajaan ph pkrpandap. Tun,,master mind menyelamatkan negara kita daripada puak2 keparat ini. Yg dilaungkan2 tun m sebelum masuk ph ialah untuk selamatkan malaysia daripada umno dan najib..tp sebenarnya ialah nak selamatkan negara daripada kafir dap dsn kuncu2 dap melayu haramjadah tadi.

    BalasPadam