Header Ads

ads header

Flash News

Siapa tamak, siapa rugi


Di Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan dan pembangkang lain, kini wujudnya sekumpulan ahli politik yang tamak dan tergesa-gesa yang boleh merugikan gabungan masing-masing.

Di sebelah PN, segelintir ahli Umno mula bersikap keras terhadap PPBM dan mendesak pilihan raya umum diadakan segera. Mengikut sifir politik mereka, PPBM tidak berhak mendapat kerusi pilihan raya kerana semuanya kerusi tradisi Umno.

Jika begitu, apakah Umno yakin menang jika PN berpecah dan pertandingan 3 penjuru berlaku serentak di semua kerusi Umno? Apa faedahnya untuk Umno jika PN berpecah? Sesungguhnya, tanpa PPBM, Umno masih akan berada di kerusi pembangkang. Hakikatnya, PPBM ada jasanya kepada Umno, meskipun ia lahir daripada pemecatan ketika zaman Najib Razak.

Pengalaman perit menjadi pembangkang selama 22 bulan sepatutnya menginsafkan Umno. Formula kalah pilihan raya ini banyak – antaranya ialah sikap tamak, angkuh, enggan berkompromi, menganggap diri kuat serta mengharapkan rakyat lebih membenci lawan daripada menguatkan diri sendiri.

Keengganan bekerjasama dengan PPBM yang mempunyai perdana menteri yang amat disukai rakyat adalah jalan mencari nahas.

Bagaimana pula keadaannya di PH Plus dan rakan-rakannya? Perebutan jawatan perdana menteri yang menjadi punca utama kejatuhan kerajaan PH kembali menjadi punca retaknya kerjasama pembangkang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kini tidak lagi boleh menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM. Sikap yang sama turut dipamerkan Mahathir terhadap Anwar, di mana sebaliknya Mahathir bersetuju untuk menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon PM berbanding Anwar.

Kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang mengesahkan kenyataan Mahathir bahawa idea mencalonkan Shafie sebagai calon PM datangnya daripada Lim adalah tamparan hebat kepada Anwar sebagai ketua Pakatan Harapan.

Ini bererti 2 komponen parti PH tidak yakin Anwar mampu mendapat majoriti di Parlimen berbanding Shafie. Peliknya bagaimana pula Amanah dan DAP dapat yakin Shafie mampu mendapat majoriti di Parlimen tanpa sokongan Anwar dan PKR.

Sifirnya mudah bagi PKR dan Anwar. Sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Parlimen, sepatutnya jawatan PM datangnya daripada individu daripada parti itu.

Tapi, masalahnya ialah ketaksuban terhadap jawatan calon PM menyebabkan ia seolah-olah milik hak peribadi seorang individu dan parti selepas jatuhnya Mahathir. Inilah menjadi titik kebuntuan untuk menyelesaikan masalah tamak dan ego berlebihan dalam kalangan pembangkang untuk mencapai satu kata sepakat.

Kedua-dua gabungan politik nampaknya tidak stabil kerana sikap kedua-dua parti terbesar dalam gabungan itu. Siapa yang tidak dapat mengawal tamak di hati akan menyebabkan gabungan politik itu terlerai lalu merugikan diri sendiri pada pilihan raya umum ke 15 nanti.

Apakah Umno ataupun PKR yang akan rugi besar pada akhirnya?

TIMMY SAY




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Tafsir Surah Yasin

    Ayat 65

    الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

    “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (QS. Yasin: 65)

    Penjelasan Ayat

    Dalilnya adalah firman Allah,

    حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (20) وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (21) وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ (22)

    “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. Fushilaat: 20-22)

    Allah Ta’ala berfirman,

    ثُمَّ لَمْ تَكُنْ فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

    “Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan: “Demi Allah, Rabb kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah.” (QS. Al-An’am : 23) 

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat,

    يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا

    “Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.” (QS. Al-Zalzalah : 4)

    Rasul lalu bertanya, “Apakah kalian tahu apa yang diceritakan oleh bumi?”

    Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    إِنَّ أَخْبَارَهَا أَنْ تَشْهَدَ عَلَى كُلِّ عَبْدٍ أَوْ أَمَةٍ بِمَا عَمِلَ عَلَى ظَهْرِهَا أَنْ تَقُولَ عَمِلَ كَذَا وَكَذَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا قَالَ فَهَذِهِ أَخْبَارُهَا

    “Sesungguhnya yang diberitakan oleh bumi adalah bumi jadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik laki-laki maupun perempuan yang telah mereka perbuat di muka bumi. Bumi itu akan berkata, “Manusia telah berbuat begini dan begitu, pada hari ini dan hari itu.” Inilah yang diberitakan oleh bumi. (HR. Tirmidzi no. 2429. Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan gharib. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini dha’if. Namun hadits ini punya penguat dalam Al Kabir karya Ath-Thobroni 4596, sehingga hadits ini dapat dikatakan hasan sebagaimana kesimpulan dari Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaliy dalam Bahjah An-Nazhirin, 1:439).

    BalasPadam
  2. Kepada semua otai politik bersaralah dari dunia politik berilah peluang pada anak muda 30_50 mengambil alih pentadbiran negara Malaysia tercinta .otai muslim banyakan amal untuk alam akhirat.amin.😁🤗

    BalasPadam
  3. Bagi orang muda lagi lah lingkut lah negara ni, tengok lah sadiksigara tu,

    BalasPadam
  4. 22 bln belum cukup untuk umno muhasabah diri..ketamakan sudah sebati didalaam diri..semoga pas boleh mentarbiah umno untuk kembali kepada islam yg hakiki dan bukan menjadi alas kaki untuk umno menguasai sehingga lupa akan amanah yg diber

    BalasPadam
  5. Timmy say,
    Berbeza pandangan ini biasa dalam banyak hal.
    Saya rasa baik bubarkan sahaja PPBM dan masuk balik UMNO.
    UMNO parti keramat orang Melayu perlu dipertahankan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan parti keramat,parti taik keramat yang sebetulnya...haha

      Padam
  6. tersihir aku
    membilang sifir2

    BalasPadam
  7. Yang untung ph plus dan rakyat malaysia...dato shafie afdal pm9

    BalasPadam
  8. Yang untung rakyat malaysia hapuskannumno pas bersatu

    Yang untung ph warisan bebas
    Hapus rasuah pengkhianat petualang
    Penjual agama
    Tamak kuasa
    Tamak kekayaan

    BalasPadam
  9. Yang untung juara
    Telus intergriti
    Adil

    Ph warisan bebas

    BalasPadam