Header Ads

ads header

Flash News

Sumber Malaysiakini sumber rekaan


Malaysiakini menulis, Umno dan PAS masih tidak dapat memuktamadkan pengagihan kerusi untuk PRU15, walau secara asasnya mekanisme pengagihan telah ditetapkan, menurut seorang sumber Umno.

Sumber itu yang terlibat dalam rundingan berkata, ini kerana masih terdapat beberapa perkara yang masih belum dipersetujui kepimpinan parti, antaranya pengagihan kerusi di Kedah dan Terengganu, ekoran bantahan yang diterima.

"Ada pimpinan Umno masih tak setuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan bulat-bulat kepada PAS.

"Ini kerana mereka beranggapan bahawa parti masih mempunyai kekuatan di dua negeri itu dan kegagalan dalam PRU14 adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru," katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini mengatakan bahawa dia ada sumber. Ya sumber rekaan dan fantasi untuk cetus berita. Kenapa?

Semalam Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS merangkap ketua PAS dalam pengagihan kerusi dalam Muafakat Nasional berucap semasa Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun kali ke 61 di Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka mengatakan bahawa PAS "akan mempertahankan" kedudukan 6 kerusi parlimen yang dimenangi.

Dalam ucapan itu jelas perbincangan secara mutlak belum berlaku dan tidak ada tuntutan jelas PAS akan mengambil Terengganu atau Kedah secara bulat-bulat. Yang pasti seperti formula PAS-UMNO sebelum ini mana-mana kerusi yang dah menang akan diberikan kepada yang menang dan PAS akan pertahankan 6 kerusi berkenaan adalah wajar.

Ucapan penuh boleh di ikuti di sini

Nak tanya wartawan Malaysiakini sumber yang menghubungi Malaysiakini sumber mana? Sumber PH ke yang menjadi batu api? Atau main reka-reka penyedap berita?


MR :  Biasalah dah dapat kontrak, buat kerja fitnahlah.. tak semua percaya dapat 2% yang bodoh percayai sudah cukup


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan: