Header Ads

ads header

Flash News

Sumpah adalah senjata terakhir di saat kita sudah tidak mempunyai apa-apa....


Hari ini DSN bersumpah sekali lagi menyatakan dirinya tidak bersalah di mahkamah. Sumpah itu sebenarnya tidak laku di dalam sistem keadilan dunia. Tetapi ia adalah usaha terakhir seorang Muslim untuk mempertahankan dirinya.

Sumpah adalah senjata terakhir di saat kita sudah tidak mempunyai apa-apa. Sumpah adalah jalan terakhir untuk dia merintih kepada Tuhan di hadapan dunia.

Saya tidak akan ulas penghakiman hari ini secara terbuka. Saya tahu had saya sebagai seorang rakyat biasa. Pendapat saya dalam penghakiman hari ini hanya akan disalurkan pada tempatnya

Tetapi saya hairan dengan sikap sebahagian PH yang berjenaka dengan sumpah Najib kepada Tuhannya. Konon ini sumpah buaya. Ini sumpah yang tiada harga.

Jika kita lupa, saya nak ingatkan semua:

Sumpahnya yang pertama juga berlaku ketika dia tiada apa-apa untuk dibuktikan. Tetapi selepas itu Latheefa Koya kehilangan jawatan, kerajaan PH tumbang dan Mahathir terlucut daripada kekuasaan.

Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas sumpah kali keduanya hari ini.

Tetapi saya tahu. Jika dia benar-benar teraniaya, maka Zat yang Maha Berkuasa tidak akan meninggalkannya begitu sahaja.

Selamat berjuang DS Najib.

Sesungguhnya naikmu tidak memijak lawan. Dan jatuhmu tidak mengheret kawan.

--

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu


MR :  Allah adalah tempat mengadu... kita celaru dengan politik yang jijik dan menyampah.. rasa kesal dan sedih dengan apa berlaku. Fitnah menjadi senjata, dengki dan dendam irama politik kini. Tak pernah rasa sedih atas musuh politik berpuluh tahun... apakah ini suatu sinaran dalam memahami erti "politik rubbish"?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. DSN saya dan rakyat bukan menilai sejauh mana kesalahanmu tetapi percayalah kami sebagai rakyat amat menyayangimu kerana jasa2mu kepada rakyat...DSN tidak pernah mempolitikkan kebajikan rakyat walau kami sedar makna sebenar POLITIK...jasa DSN kepada rakyat tidak pernah kami nikmati daripada pemimpin sebelomnya...tarimakasih DSN jasamu kami tetap kenang dan menjadi sejarah dalam kehidupan kami rakyat jelata....

    Utk DSMY sebagai PM8 diharap dapat menjalankan tanggungjawab kepada rakyat kerana umumnya rakyat amat memerlukan seorang pemimpin yang begitu memahami rasa hati rakyat...mohon kami sebagai rakyat jangan dipolitikkan kerana ada satu kuasa yang amat besar ditangan kami untuk PRU15..PEMIMPIN MEMBERI RAKYAT MERASA..PEMIMPIN BERBUDI RAKYAT BERBAHASA...jari jemari rakyatlah yang akan menentukan sejauh mana kuasa pemimpin itu berterusan...

    Untuk mantan PM7....usia sudah mencemburui kamu...silalah berundur dari politik..beristiqomah..berdoa..bersolat adalah lebih baik utk memohon kepada Allah supaya segala kejahilan secara sedar atau tidak dapat keampunan dari Allah dan menjadi bekal dikemudian hari....

    BalasPadam