Header Ads

ads header

Flash News

Telegram Kini Menyokong Perkongsian Fail Sehingga 2GB – Menambah Sokongan Multi-Akaun Di Desktop


Telegram
hari ini telah hadir dengan kemaskini baru untuk perkhidmatan mereka, dan salah satu perkara menarik yang ditawarkan oleh Telegram adalah sokongan perkongsian fail sehingga 2GB setiap satu.

Sebelum ini, ia dihadkan kepada 1.5GB setiap satu, dan dengan penambahan baru ini, ia memudahkan pengguna menghantar fail atau media bersaiz lebih besar – sehingga 2GB, dengan mudah terus melalui perkhidmatan permesejan Telegram.

Pada masa yang sama, kini Telegram Desktop turut boleh menikmati sokongan multi-akaun – sehingga 3 akaun tanpa perlu log keluar. Ciri ini telah diperkenalkan di aplikasi mudah-alih sejak 2017 yang lepas, dan kini diperluaskan ke Telegram Desktop.

Telegram juga kini menambah sokongan gambar profil dalam bentuk video, sekaligus menjadikan paparan gambar profil di Telegram anda lebih menarik lagi.

Kemaskini ini hadir pada Telegram terbaru di peranti mudah-alih dan juga desktop bermula hari ini. Anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baru ini hari ini.


MR :  Makin ketinggalan whatsapp


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan