Header Ads

ads header

Flash News

'Tuduh orang lain mencuri, anak dia kaya berbilion-bilion' kata Najib


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menuduh orang lain mencuri tetapi yang kaya berbilion-bilion adalah anaknya sendiri, kata Najib Razak secara sinis dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

"Pepagi (pagi-pagi) lagi dah start (mula). Tak habis-habis dia (Mahathir) ni.

"Berderet-deret (ciapan) tweetnya. Paling pelik ialah dia asyik tuduh orang lain mencuri tapi yang kaya berbilion-bilion pulak ialah anak-anak dia.

"Satu keluarga termasuk cucu-cicit ke sini ke sana pakai 'private jet'," tulis Najib menjawab kritikan terbaru Mahathir di media sosial hari ini.

Najib turut memuat naik tangkap layar ciapan Mahathir di Facebooknya.

Sebelumnya dalam satu catatan di Facebooknya, Mahathir mengulas mengenai norma baru yang mana pencuri kini diangkat sebagai pemimpin.

"Sekarang penilaian kita terhadap pencurian sudah berubah. Jika pencuri menjadi pengetua kita, kerana dia 'boss' kita, pencurian olehnya boleh diterima.

"Kita tidak perlu malu jika 'boss' kita mencuri. Kita laungkan slogan, 'Malu apa. Dia Boss kita'. Ini sudah jadi norma baru kita.

"Katanya 'Bossku' akan memimpin Kerajaan Melayu Islam. Mengikut norma lama, pencuri tidak layak jadi pemimpin kerajaan Melayu Islam. Kerajaan tidak Islam pun, tidak terima pencuri untuk memimpin," tulis Mahathir di Facebooknya, hari ini.

Dalam wawancara bersama sebuah portal berita, Mahathir mendakwa Najib mahu menjadi perdana menteri sekali lagi sekiranya dia dibebaskan minggu depan atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.

"Sekiranya dia (Najib) didapati tidak bersalah, saya fikir dia akan mahu menjadi perdana menteri lagi," kata Mahathir.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Najib yang juga bekas perdana menteri keenam menyifatkannya bekas "bosnya" itu sebagai seorang yang pelik apabila menuduhnya mahu kembali menjadi perdana menteri.

"Yang jadi PM7 selepas jadi PM4, dia.Yang mahu jadi PM8, dia.

"Yang umum dan jelajah 'blackout' satu negara mahu jadi calon PM9, dia.

"Yang dia tuduh mahu jadi PM, saya. Pelik betul individu ini," tulis Najib di media sosialnya.


MR :  Dia nyanyok lupa pernah curi duit rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Tun M terpaksa menuding jari kpd orang lain supaya dirinya tak di tuduh. Dari dahulu lagi dia buat begitu. Ini taktik daripada cerita "Anakku Sazali".

    Insya Allah, kita doakan Kehancuran Tun M dan semoga segala harta yang dirompak olehnya dan keluarganya di kembalikan kpd rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya meday yang nak jadi pm9. Sebab itu dia burukan sana sini supaya rakyat terpengaroh dengan kata2 Dia. Semua itu rancangan dia nak jadikan Shafie pm9. Sebab Shafie jadi pak turut Dia telah tersepit. Kalau tidak mengapa Dia tidak bagi kat anuar. Rakyat yang bijak berfikir tidak jadi masalah.

      Padam
  2. Madey mencari2 masalah diusia senjanya dn mungkin nti x sempat nk selesaikn dan anak2 nya pulak nti yg 'hadap'..

    BalasPadam
  3. Mana tak kaya kutty ni dengan songlap duit petronas tolong elakkan anak dia bangkrap, balak dari sarawak, misc dan "pemberian" tauke2 yang bertaut untuk dapat kontrak2 besar. Tuanku abdul rahman beri lim goh tong buat genting highlands pun tak macam madey bapak korupsi ni. Keluarga kutty ni dah siap siaga nak lari dari malaysia sebenarnya.

    BalasPadam
  4. Atok makin tua makin mejadi2..entahlah.

    BalasPadam
  5. Saya kira ini pertelingkahan antara pencuri.Jadi kita kena berhati hati.Jangan bukak hanya sebelah mata.

    BalasPadam
  6. Madey Kutty dah nyawa2 ikan...sbb tu asyik merapu je....jgn dilayan sgt...x lama lg padam lampu dia

    BalasPadam
  7. Madey ialah BAPA MELAYU MUDAH LUPA. Kuat betoi meroyan org tua ni. Janji nk bg jwtn pm kt nuar last2 dia kata nuar x layak sbb dari parti berbilang kaum. Dulu masa berjanji knp x fikir semua tu? Nyanyok dh org tua ni.

    BalasPadam
  8. Anak dia baru buat satu filem pun dah kaya bilion bilion juga,tu belum sempat tayang kat Malaysia,kalau tayang kat Malaysia mungkin pecah panggong wayang.

    BalasPadam
  9. Anak mahathir buka perniagaan bayar cukai .najib ni haram tak bayar cukai pandai ckp sapa tak bayar cukai pengkhianat negara ,hang la pengkhianat negara kena batang hidung sendiri.anak hang kaya hang tak mau cite buat filem blue guna duit 1mdb apa hang cite ni .sembang macam lahanat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jari Allah bagi Membuktikan, 1 Jari Kow kata Orang Lahanat, 4 Jari mengesahkan Kow yang Lahanat

      Padam