Header Ads

ads header

Flash News

YouTube Sugu Pavithra tiada lagi kandungan video


IPOH: Laman  YouTube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan pasangan suami isteri, S. Pavithra dan M. Sugu didapati tiada lagi sebarang kandungan video  hari ini.

Tinjauan di laman rasmi pasangan Youtuber masakan itu hari ini mendapati, laman Youtube mereka kosong tanpa sebarang video.

Sebelum ini, terdapat 98 video masakan serta aktiviti di saluran Youtube pasangan suami isteri itu.

Saluran Youtube Sugu Pavithra diikuti lebih 785,000 pelayar.

Kali terakhir pasangan itu memuat naik video mereka ialah minggu lalu semasa bercuti bersama keluarga di taman tema air popular di Kuala Lumpur.

 Ekoran tiada lagi video dalam Youtube mereka, ia menimbulkan tanda tanya sama ada semua video dalam laman itu telah dipadamkan.

Apatah lagi ia berlaku selepas perselisihan faham pasangan suami itu sehingga menyebabkan Sugu didakwa di  Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan.

Namun semalam Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan mahu terus bersama-sama menghasilkan program masakan di YouTube.

Sementara itu, pengurus kepada pasangan itu tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara berkenaan. – UTUSAN ONLINE


MR :  .sekejap naik sekejap turun macam kerajaan PH...........


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan