Header Ads

ads header

Flash News

27 pelanggan kafe positif Covid-19 akibat ‘super spreader’ tak pakai pelitup muka


PETALING JAYA:
Seramai 27 pelanggan sebuah cawangan Starbucks di Korea Selatan dijangkiti Covid-19 akibat seorang wanita tidak memakai pelitup muka yang merupakan “super spreader” virus itu.

Menurut akhbar Hong Kong, Singtao yang memetik laporan media Korea Selatan, wanita berusia 30-an itu menemui rakannya di sebuah cawangan Starbucks di bandar Paju, wilayah Gyeonggi, selama 2 jam pada malam 8 Ogos lalu.

Akhbar itu melaporkan wanita terbabit mengalami simptom sakit kepala dan batuk keesokannya, tetapi keadaannya tidak beransur pulih pada 11 Ogos, selepas memakan ubat.

Wanita berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos lalu selepas menjalani ujian saringan.

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan sedang menyiasat bagaimana virus itu disebarkan dalam cawangan Starbucks.

Tetapi, mereka percaya virus itu mungkin disebarkan melalui titisan air atau penghawa dingin dalam kafe itu yang menyebabkan 27 pelanggan positif koronavirus, termasuk seorang murid yang hanya ke tandas premis itu dan seorang lagi individu yang berada di kafe berkenaan selama 10 minit.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, jumlah kes dikaitkan dengan kluster itu meningkat kepada 54 orang Rabu lalu, dengan 48 daripadanya tinggal di wilayah Gyeonggi.

Susulan itu, Reuters melaporkan Starbucks bertindak mengurangkan kapasiti tempat duduk tidak lebih 30% di semua premisnya di Seoul dan kawasan berdekatan, selepas pihak berkuasa melaksanakan penjarakan sosial lebih ketat Ahad lalu.

Syarikat itu berkata, ia juga akan meningkatkan peraturan kebersihan di semua cawangan dan mencadangkan pelanggan memakai pelitup muka serta menangguhkan kempen promosinya.

Starbucks mempunyai lebih 1,400 cawangan di Korea Selatan, hampir sama jumlahnya dengan Jepun, yang mempunyai lebih sekali ganda populasi.

#Sumber : FMT   

MR :   Pasal itu sentiasa pakai pelitup separuh muka dimana kita berada 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. PERLU KE TULIS PETALING JAYA di permulaan artikel sedangkan sedang bercerita tentang KOREA SELATAN..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu 😊 bila wartawan/jounalis atau oleh editor media petik sesuatu berita drpd sumber mana,masa dan dimana mereka berada.

      Padam