Header Ads

ads header

Flash News

49 syor pembaikan sistem pilihan raya


PUTRAJAYA:
Laporan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menyertakan sebanyak 49 syor untuk penambahbaikan sistem pilihan raya negara.

Ia yang dijangka mengambil masa antara tiga hingga 10 tahun untuk dilaksanakan jika diterima, antara lain memberi lebih kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan bebas dan tanggungjawab untuk mengawal selia parti politik di negara ini.

49 syor berkenaan terdiri daripada:

1. Pengasingan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya

2. Penambahbaikan proses pelantikan anggota badan pengurusan pilihan raya

3. Penubuhan Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya

4. Pemansuhan kategori pasangan tentera dan pasangan Pasukan Gerakan Am sebagai Pengundi Tidak Hadir

5. Pendaftaran tentera dan polis sebagai pemilih mengikut alamat tempat tinggal

6. Pelantikan pemerhati antarabangsa dan tempatan semasa pilihan raya umum

7. Pewujudan tataetika Kerajaan Sementara

8. Penambahbaikan autoriti dan sumber badan pengurusan pilihan raya

9. Pemerkasaan kuasa mengemas kini rekod daftar pemilih

10. Pemindahan fungsi pendaftaran parti politik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

11. Peruntukan kuasa pengurusan liputan media kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

12. Peruntukan kuasa adjudikasi dan penguatkuasaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya

13. Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara-perkara asas dan procedural dalam urusan pilihan raya

14. Pewujudan akta bersepadu bagi urusan pilihan raya

15. Pewujudan kerangka perundangan bagi menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai agensi peneraju pengurusan pilihan raya

16. Penyelarasan bidang kuasa agensi-agensi dalam urusan pilihan raya

17. Penetapan tarikh pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diumumkan enam (6) bulan sebelum tarikh sebenar

18. Penambahbaikan tataetika kempen pilihan raya

19. Penubuhan jawatankuasa konsultatif Suruhanjaya Pilihan Raya bersama parti politik

20. Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran dana awam kepada parti politik

21. Pewujudan undang-undang berkaitan penyaluran sumbangan orang awam dan pihak swasta kepada parti politik

22. Penyediaan platform media yang adil

23. Pewujudan tata etika media untuk menjamin liputan media yang adil dan sama rata

24. Had umur kelayakan mengundi 18 tahun

25. Pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik

26. Pewujudan sistem pengurusan alamat nasional dengan pengecam unik (unique identifier)

27. Penekanan kepada dasar mendaftar dan mengundi di tempat tinggal

28. Penambahbaikan kategori pengundi yang boleh diwartakan layak mengundi secara pos

29. Pengenalan kaedah pengundian khas

30. Penambahbaikan kemudahan dan kapasiti perkhidmatan urusan pengundian

31. Pengenalan sistem Closed List Propotional Representation (CLPR) di peringkat Dewan Rakyat

32. Mengekalkan sistem First-Past-The-Post sebagai sistem pemilihan di peringkat Dewan Undangan Negeri

33. Penetapan dasar seorang calon hanya boleh bertanding bagi satu (1) kerusi

34. Pembentukan kerajaan yang stabil berdasarkan kerusi majoriti dan pengenalan kepada Recall Elections

35. Penetapan dasar 30 peratus calon wanita dalam senarai pencalonan parti

36. Pewujudan undang-undang khusus berkaitan urusan persempadanan

37. Memastikan keseimbangan pemilih dengan memperkenalkan kategori dan kriteria bagi bahagian pilihan raya

38. Mengehadkan perbezaan peratusan jumlah pengundi di setiap kategori bahagian pilihan raya

39. Penyediaan spesifikasi dan penetapan bahan kempen

40. Penetapan tempoh minimum kempen pilihan raya

41. Pewujudan tempoh bertenang

42. Penetapan tempoh penamaan calon yang lebih lama

43. Penggunaan kaedah penamaan calon secara dalam talian

44. Pengenalan kaedah cetakan kertas undi tanpa nama dan simbol untuk kegunaan pemilih pos luar negara

45. Pewujudan pusat pengiraan undi pos di pejabat-pejabat kedutaan Malaysia di lu

46. Penyediaan buku panduan tataetika pilihan raya

47. Pewujudan kerangka perundangan bagi menjamin hak asasi pendidikan demokrasi dan pilihan raya kepada semua rakyat Malaysia Syor 48. Penyediaan kerangka dasar bagi pelaksanaan program berkaitan pendidikan sivik dan pendidikan pengundi

49. Penubuhan Institut Pendidikan Demokrasi, Sivik dan Pengundi Kebangsaan

#Sumber : BH   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan