Header Ads

ads header

Flash News

Ahmad Maslan mohon semakan keputusan Mahkamah Sesyen


Anggota Parlimen Pontian, Ahmad Maslan membuat permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2 juta dan memberi penyataan palsu.

Setiausaha Agung Umno itu mengemukakan permohonan semakan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal bulan ini.

Peguam pemohon, Hamidi Md Noh mengesahkan mengenai pemfailan permohonan semakan berkenaan hari ini.

"Permohonan semakan itu dibuat terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menolak permohonan pembatalan (oleh Ahmad)," kata Hamidi.

Hamidi juga berkata permohonan semakan anak guamnya ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Aslam Zainuddin pagi esok.

Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan Ahmad untuk membatalkan kes pengubahan wang haram dan pernyataan palsu yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad memutuskan bahawa permohonan yang dibuat oleh tertuduh adalah pramatang pada prosiding di mahkamah rendah tersebut.

Ahmad pada 21 Januari lalu meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Dia juga memohon dibicarakan atas tuduhan kedua kerana memberikan pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad membuat permohonan untuk membatalkan pertuduhan tersebut pada 21 Feb lalu.

Mahkamah Sesyen akan mendengar kes berkenaan pada 1, 2, 16, 23, 6 Nov dan 24 Disember.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan