Header Ads

ads header

Flash News

Ajaran sesat mirip Ayah Pin sudah diambil tindakan kata Jais


AJARAN sesat baharu yang tular di media sosial semalam adalah kes lama yang berlaku pada 2016 dan 2018 serta sudah diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia adalah acara yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan rumah perlindungan bagi semua peringkat umur terutama kanak-kanak.

Katanya, NGO terbabit sering mengadakan program berbentuk kerohanian untuk ahlinya, selain terbuka kepada orang ramai yang berminat.

"Pada 14 Disember 2016, Bahagian Penguatkuasaan Jais memantau acara Pure Life Society bertajuk Spiritual Musical Night di Dewan Sivik, Petaling Jaya yang dihadiri pelbagai kaum, peringkat umur dan agama.

"Acara itu dilihat menggabungkan tujuh agama atau pegangan yang berada di Malaysia iaitu Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Bahai dan masyarakat Orang Asli.

"Sepanjang pemerhatian di lokasi memperlihatkan acara itu cuba membawa konsep plurality iaitu menggabung atau menyamaratakan semua agama dan pegangan di bawah satu pemikiran atau pegangan yang baharu," katanya kepada Harian Metro.

Mohd Shahzihan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berkaitan doktrin palsu.

Katanya, masyarakat Islam diminta menyalurkan maklumat kepada Jais sekiranya mendapati ada perkara atau aktiviti tentang agama Islam atau mengenai agama Islam yang bersifat eksklusif.

"Islam sifatnya inklusif, terbuka dan telus. Suatu yang bersifat selektif dan pelik mesti dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Tiada cara mudah dalam Islam, semuanya mesti berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar dari guru yang diiktiraf oleh Jais," katanya.

Semalam tular di media sosial menerusi Facebook We Are All Firdaus Wong yang mendedahkan wujud sebuah kuil beralamat di Puchong dikatakan menjadi lokasi penganut ajaran agama itu berkumpul.

Ia menimbulkan persoalan banyak pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa agama dalam menangani isu berkenaan

Dalam perkembangan sama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana pihak, namun siasatan mengenainya diteruskan bagi mendapatkan maklumat sebenar.

"Saya sudah pun mengarahkan pegawai untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Setakat ini tiada laporan rasmi, tetapi pegawai kita akan siasat dakwaan berkenaan.

"Jawi mengambil maklum mengenai perkara itu dan kita sedang perhalusi apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

#Sumber : hmetro    

MR :   Jais kena war-warkan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan