Header Ads

ads header

Flash News

Apa motif Jiao Zong agungkan pengasas dibuang kerakyatan?


Mungkin ramai tidak sedar, Jiao Zong (atau seringkali disebut sebagai Dong Jiao Zong) baru-baru ini ada memuatnaik satu hantaran Facebook yang mengagungkan pengasas mereka yang pernah dibuang kerakyatan Malaysia, iaitu Lim Lian Geok. Apa motif mereka?

Antara sebab beliau ditarik kerakyatannya pada 1961 ialah kerana menentang keras dasar pendidikan negara. Beliau juga terkenal dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk menghasut membenci Yang Dipertuan Agong dan kerajaan sehingga mencetuskan perpecahan kaum.

Memang sudah banyak cubaan untuk melenyapkan fakta sejarah ini tetapi gagal. Maka, mungkin ini pendekatan baharu mereka iaitu dengan menormalisasikan 'cerita-cerita perjuangan' Lim Lian Geok kepada masyarakat sehingga satu hari nanti masyarakat akan menerimanya. Inilah juga yang berlaku kepada DAP, di mana ramai orang Melayu sudah mula menjulang mereka.

Jika naratif perjuangan Lim Lian Geok diangkat oleh Jiao Zong, iaitu Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina se-Malaysia sebegini, maka apa jaminan yang anak-anak yang dididik sekolah vernakular cina tidak didoktrinkan sedemikian rupa di sekolah? Saya pasti 'cerita-cerita perjuangan' Lim Lian Geok ini akan sering diulang-ulang di sekolah mereka. Pastinya ramai yang menjadikannya sebagai idola.

Sebab itulah kita, NGO-NGO Islam terutamanya ISMA berusaha untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular di mahkamah. Iaitu untuk mewujudkan sekolah satu aliran dan memperkasakan sekolah aliran kebangsaan.

Saya mempunyai visi dan impian yang anak-anak kita dapat bersekolah di bawah satu bumbung, berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan antara satu sama lain dan saling mengenali sejak di bangku sekolah lagi.

Kita tidak perlukan UEC, kita tidak perlukan sekolah vernakular. Perkasakan identiti kebangsaan, di mana ianya bermula dengan pendidikan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
16 Ogos 2020

__

Sumber:

https://www.facebook.com/155707591143880/posts/3378060415575232/

https://ismaweb.net/…/iguru-kecam-jiao-zong-sebar-semula-p…/

https://www.thepatriots.asia/lim-lian-geok-penghasut-yang-…/

#SekolahSatuAliran
#BantahUEC

#Sumber : FB   

MR : Mereka tak akan senang selari tak dapat kuasa   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Buang kerakyatan zong dong blong ni.

    BalasPadam
  2. Dong zong bodoh
    Babi punye pesatuan
    Balik tongsan la 🐷🐷🐷🐷🐷
    Kimak
    Menyibok kt tanah melayu nie
    Bodoh babi
    Mane pengikut dap babi
    Rba tdo ker
    Setan babi

    BalasPadam
  3. setuju sekali gugur saja kerakyatan dia. hantar saja balik ke negara datuk moyong dia, nak sangat tinggal disana

    BalasPadam
  4. Kasi buang sama kumpulan rasis Dong Zong.

    BalasPadam