Header Ads

Header ADS

Azmin bersatu dengan Muhyiddin selamatkan negara, kata Pemuda Negara


KUALA LUMPUR:
Langkah bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pimpinan parti bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Perikatan Nasional (PN) adalah untuk menyelamatkan negara.

Ketua Pemuda Negara Afif Bahardin berkata, ia sebagai pengorbanan untuk maju ke depan walaupun berdepan rintangan.

“Pengorbanan untuk bergabung dengan Muhyiddin Yassin bukan keputusuan yang senang. Keputusan untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) bukan keputusan yang mudah.

“Kita harus ambil kira pengorbanan banyak orang tetapi juga kita harus memutuskan tentang masa depan dan survival negara bangsa ini. Ada banyak benda kita kena fikir, renung dan bahaskan. Tapi akhirnya kita harus ambil keputusan,” katanya ketika berucap dalam Kongres Negara 2020 “Bersatu untuk Malaysia” yang berlangsung di
Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) hari ini.

Afif berkata, Pemuda Negara harus mengambil iktibar dengan menjiwai semangat idealisme, perjuangan dan intipati kisah Rasulullah.

Katanya, terdapat 2 sisi pemuda yang wujud dalam sejarah iaitu 1 sisi pemuda yang berani berjuang untuk kebenaran dan sanggup berdepan ancaman dan mempertaruhkan nyawa sendiri demi mempertahankan keyakinan serta perjuangan untuk kebebasan dan keadilan.

“Satu sisi lagi adalah pemuda yang bermegah dengan kedudukan dan kemuliaaan yang mereka ada tetapi buta dan tuli dengan nafsu serakah dan sanggup membuat onar asal mencapai cita-cita mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Negara Haniza Talha berkata, kerajaan PN diasaskan bukan kerana perebutan berterusan jawatan, ia dibentuk atas asas memberikan kepimpinan yang jelas kepada negara yang berdepan krisis.

“Wanita daripada pelbagai lapisan etnik dan latar adalah tunjang pada kekuatan negara. PN wajib akui dan hargai ini,” katanya.

#Sumber :  FMT  

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.