Header Ads

ads header

Flash News

Baharu minggu lepas puji mahkamah, PH kini hina sistem kehakiman

Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan sikap pilih kasih dalam kes membabitkan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng, kata Anggota Parlimen Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam tempoh 24 jam lalu, katanya, banyak penghinaan serta herdikan dikeluarkan pemimpin mereka yang mendakwa proses undang-undang dihadapi Lim ketika ini adalah bersifat politik.

"Malah dalam saluran media rasmi DAP sendiri menyatakan kononnya “tiada sebarang bukti kesalahan dapat dikemukakan” oleh pihak pendakwaan.

"Ini sangat pelik sebab perbicaraan belum lagi bermula, baru di peringkat bacaan dakwaan," kata Khairy dalam kenyataan disiarkan di blognya hari ini.

Tambah beliau hanya minggu lalu pemimpin DAP dan PH memuji mahkamah selepas menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak yang didapati bersalah atas tujuh pertuduhan.

"Tindakan DAP dan PH ini menunjukkan sekali lagi bagaimana sikap double standard mereka terhadap perjalanan undang-undang negara.

"Apabila kena batang tubuh mereka, habis dihina sistem kehakiman negara. Sedangkan hanya pada minggu lalu, mereka sanjung mahkamah apabila keputusan kes melibatkan pemimpin Umno sesuai dengan kehendak mereka," katanya.

'Tak perlu main kad simpati'

Khairy yang juga bekas ketua pemuda Umno berkata ramai pemimpin Umno dihadapkan ke mahkamah dalam temph dua tahun lalu dan ahli-ahli parti itu menghormati proses tersebut.

"Kalau yakin tidak bersalah, kemukakan hujah dan bukti di mahkamah.

"Tidak perlu bermain dengan kad simpati dengan menghina proses undang-undang kononnya tidak bebas dan bermotifkan politik," tambahnya.

Awal hari ini, Lim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu ditahan malam tadi setelah dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Lim juga dijangka menghadapi pertuduhan lain di Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos.

Sementara itu, SPRM juga telah menahan isterinya Betty Chew dan juga ahli perniagaan Phang Li Khoon di Pulau Pinang.

Phang sebelum ini didakwa dan dibebaskan bersama Lim dalam kes membabitkan skandal banglo mewah milik Lim. 

Chew ditahan berkaitan syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.


MR : PH kan hancing mana boleh percaya   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan