Header Ads

ads header

Flash News

Dr M 'hilang pengaruh, tak lagi relevan' kata Penganalisis


Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib hari ini dipetik Bernama berkata Dr Mahathir Mohamad kini sudah tidak lagi relevan dan berpengaruh.

Ini selepas BN mengekalkan kerusi DUN Slim menerusinya calonnya Mohd Zaidi Aziz yang memperoleh 13,060 undi.

"Saya rasa ini adalah penolakan menyeluruh kepada Dr Mahathir setelah beliau bersama PH suatu ketika dulu telah gagal membuktikan pada rakyat janji mereka (kerajaan) dan bertambah rumit dengan ahli parlimen PH rata-rata tiada pengalaman mentadbir," kata Kartini.

Zaidi menang dengan majoriti 10,945 undi apabila meraih 13,060 undi, berbanding Amir yang mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran dengan 276 undi.

Bagaimanapun, Amir berjaya mendapat sejumlah 13.6 peratus undi, menandakan dia tidak hilang deposit.

Selain itu, Kartini (gambar, bawah) berkata keputusan PRK itu juga jelas membuktikan bahawa Slim ternyata sukar untuk dirampas oleh mana-mana parti selain BN.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Shukri Shuib berkata rakyat dapat menilai calon BN yang menjadi sebahagian daripada kerajaan PN mampu mampu menjaga 'periuk nasi' mereka.

Ini jelasnya, lebih-lebih lagi ketika negara dan dunia berdepan dengan kesan penularan wabak Covid-19.

"Undi popular yang tinggi kepada calon BN itu menunjukkan restu rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar yang sedang dijalankan termasuklah keprihatinan terhadap 'dapur rakyat', 'periuk nasi' rakyat kesan daripada Covid-19 ini.

"Dengan pelbagai dasar popular Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, maka jentera BN, PAS mahupun Bersatu tidak sukar untuk berkempen seterusnya memberikan kemenangan kepada calon mereka lebih-lebih lagi DUN Slim merupakan kubu kuat Umno," katanya, lapor Bernama.

PRK Slim berlangsung susulan penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Sejumlah 15,451 atau 68.40 peratus daripada 23,094 pengundi keluar memilih pada pilihan raya kecil ini, iaitu PRK ke-12 selepas PRU14.

 MR :    Sudah sampai masa Atok duduk rumah dan mengurus keluarga



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Minta Tun M dan Mukhriz ambil pengajaran dari kekalahan ini.
    Ingatlah bahawa tak semua perkara dapat diselesaikan dengan wang dan pangkat.

    BalasPadam
  2. dua kemungkinan,
    1) bersekongkol dengan dap dan diperguna olih dap
    2) menubuh parti untuk manaikkan anak dan memecah belah melayu

    BalasPadam
  3. tun M dah dimasukkan dalam muzium lama dah,tapi ramai yang tolol guna atuk. Sama-sama tolol,sebab ramai lupa lubang kubur

    BalasPadam