Header Ads

Header ADS

Dua kampung di Perlis dikenakan PKPD Pentadbiran

KANGAR -
Kerajaan Perlis melaksanakan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama 28 hari bermula malam semalam di dua kampung di Kuala Sanglang di sini.

Keputusan itu yang melibatkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul berkuat kuasa jam 10 malam ini hingga 4 September ini.

Kerajaan Perlis menerusi satu kenyataan berkata, pelaksanaan PKPD dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan dengan mengambil kira bilangan kes aktif Covid-19 di kawasan berkenaan.

"Penduduk di kawasan PKPD diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan PKPD akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedia ada dengan tambahan kepada pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan keluar masuk ke kawasan tersebut.

"Orang awam yang berada di luar kawasan PKPD tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang terlibat dengan memberikan perkhidmatan perlu," katanya.

Penduduk di kedua-dua kampung juga diminta mematuhi arahan kuarantin di rumah yang telah dikeluarkan kepada penduduk setelah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sanglang.

"Sepanjang tempoh arahan kuarantin di rumah, ketua isi rumah dibenarkan keluar dari rumah bagi membeli barang keperluan harian sementara menunggu seluruh ahli isi rumah memperoleh arahan pelepasan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut kerajaan negeri prihatin kesulitan yang dialami dan akan menyalurkan bantuan kepada penduduk di kedua-dua kampung yang terlibat.

#Sumber : Bernama   

MR :  Daripada dah hampir ok, tapi sikap degil... menjadi makin risau  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.