Header Ads

ads header

Flash News

Dulu ada kuasa, Dah ada kewangan banyak (?), kononnya ada profesional tapi masih harap ahli-ahli PAS untuk dikencing


Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mendakwa kononnya penyokong veteran PAS di DUN itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan kerjasama parti itu dengan Umno.

Mahfuz berkata, penyokong PAS yang berusia lebih 50 tahun mudah dikelirukan dengan maklumat dendam dengan UMNO dan mereka akan menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

"Ini kali keempat saya datang (ke Slim). Secara umumnya, penyokong PAS generasi berusia 50 tahun mudah dikelirukan  dan nampak akan beri sokongan jelas kepada Amir. Ini akan dilihat semasa pengundian nanti.

"Saya pun terkejut, ada yang sudah lama dengan PAS tiba-tiba datang untuk ingatkan saya tentang peristiwa lama (perseteruan dengan Umno) dan menyatakan komitmen untuk beri undi (kepada Amir).

"Walaupun tak isytihar keluar PAS, mereka tak gembira dengan PAS kini bersama Umno dan sokong kleptokrat," katanya ketika sidang media di Slim, hari ini.

Amir yang disokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan berdepan dengan calon BN Mohd Zaidi Aziz. Seorang lagi calon ialah bekas guru, S Santharasekaran yang bertanding atas tiket bebas.

PRK Slim diadakan selepas penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia bulan lalu. Allahyarham menjadi Adun di situ selama empat penggal.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula menggesa penyokong PAS untuk mengingat kembali insiden kerajaan negeri Pakatan Rakyat ditumbangkan pada 2009, hanya setelah 11 bulan mentadbir negeri, ekoran beberapa Adun yang melompat parti.

"Ramai ahli PAS yang tak selesa dengan hala tuju PAS sekarang. Apa yang berlaku di Perak (pada 2009) dikutuk oleh Almarhum Nik Aziz dulu.

"Atas semangat hormat kepada Nik Aziz, kita menyeru PAS kembali kepada pendirian dan dasar politik berakhlak, bermaruah dan menolak calon BN," katanya.

PRK uji ahli PAS, Umno

Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula, PRK kali ini akan menjadi medan ujian untuk penyokong PAS dan Umno.

"Berdasarkan pengalaman kami...telah lama dengan PAS. Fitrah penyokong PAS ini tak boleh sokong Umno, begitu juga (penyokong) Umno tak boleh sokong PAS.

"Pasti ada penyokong PAS yang tak menyokong calon Umno," katanya lagi.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata jentera parti itu akan berusaha agar penyokong PAS tidak akan keluar mengundi Mohd Zaidi.

"Ini kita telah lakukan dengan beberapa cara dan kita dapati banyak kesan positif. Kita akan beri laluan mudah (kepada BN)," katanya lagi.

Dulu ada kuasa, Dah ada kewangan banyak (3 SU Sulit dikesan curi duit), kononnya ada profesional tapi masih harap ahli-ahli PAS untuk dikencing. Mana ahli yang dikatakan 10,000 orang setiap bulan?

MR :     Tak boleh kencing orang muda cari orang tua untuk berikan maklumat palsu. Orang tua PAS tak bodoh Mahfuz, tunggu keputusan nanti.. AMANAH akan jadi parti berkubur dan benarkan kata Hj Abdul Hadi Awang tak lama AMANAH akan berkubur


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Mahfuz ni,,secara khasnya, dan lain2 pimpinan pan,,mereka semua adalah baruwah2 cina. Mereka terlalu teruja dgn slogan rekaan dap " lebih baik org kafir yg amanah ,daripada org islam yg rasuah "... Mereka dok ratib slogan ini siang malam. Ya,,mereka berjaya pd pru14. Namun, org2 melayu dah sedar, slogan ini punca kejatuhan ketuanan melayu islam di negara kita. Alhamdulillah, umno dan pas dah berbaik2 , ini yg islam suruh sebenarnya. Permusuhan pas dan umno sebelum ini adalah salah,,pas sekalipun mengaku ikut quran dan hadis,,tetapi dlm politik pas salah kerana bermusuh dgn umno yg saudara seagama. Sekarang, pas dan umno kembali ke jalan yg benar. Namun, kita mengaku, kesan perseteruan yg hukumnya adalah haram di antara pas dan umno ini, meninggalkan kesan yg mendalam kod kedua2 penyokong,,terutama yg tua2. Ya, mereka ini senang dipengaruhi oleh baruwah2 cina seperti mahfuz dan solehuddin untuk memecahbelahkan perpaduan diantara umno dan pas. Berhati2 lah umat islam daripada baruwah2 cina dap ini.

    BalasPadam
  2. ...pelik aku!!!
    Calon bertanding adalah BEBAS.
    Tapi yg beria2 bebeno berkempen org2 PH!!

    .....ni yg dikatakan....batang k*t*y ade...tapi telooo takde.!!

    BalasPadam
  3. Cuba senaraikan apa sumbangan kluster barua dapigs @ panpinpon kepada PAS sebelum ini, mereka ini hanya satu kluster pembelot atau ibarat musuh dalam selimut yang mengkhianati amanah dan telah ditolak dalam muktamar PAS ataupun mereka ini hanya tahi PAS

    BalasPadam
  4. Hidup pas umno,.dan perikatan nasional biar semua mahu muafakat nasional..

    BalasPadam
  5. Kita kena bermusuh(UMNO-PAS) sehingga ke lubang kubur.jangan cuba berbaik.jangan tinggal tabiat buruk lalu.Musuh hingga tulang hitam.Kita kena benci sungguh2 sebab ada syurga menunggu untuk manusia yang bermusuh.Al-Quraan seru lebih daripada 1400 tahun agar semua berpegang dengan tali Allah tapi kita cipta alasan bodoh jangan berdamai,usah maafkan salah dulu.Teruskan bermusuh jika itu seruan mendapat pahala

    BalasPadam