Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng, isteri didakwa salah guna kuasa, ubah wang berkait projek RM11.6 juta


BUTTERWORTH:
Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew dan rakan perniagaannya, Phang Li Koon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa serta pengubahan wang berhubung tawaran sebuah projek asrama pekerja asing RM11.6 juta kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan Phang.

Mereka didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lim didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan pengerusi lembaga tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau didakwa memberi rasuah bernilai RM372,009 kepada Chew melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd, dengan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan projek asrama pekerja asing di Juru serta Batu Kawan.

Projek untuk asrama itu terletak di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan di Seberang Perai Selatan.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Ogos 2013 hingga 3 Mac 2016.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009.

Chew pula berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang bernilai RM372,009 daripada satu akaun Public Bank yang berdaftar di cawangan Taman Melaka Raya antara 7 Okt 2013 dan 3 Mac 2016.

Beliau didakwa menerima wang itu 3 kali, iaitu RM87,009 antara 7 Ogos 2013 dan 4 Ogos 2014, RM180,000 antara 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta RM105,000 antara 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Roslan Mat Nor, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.

Sebutan kes ditetapkan 16 Okt ini.

#Sumber : FMT   
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Promosi Terkini Coway. Hubungi agen sah Coway 018-3113463 (En. Faris) atau layari website https://izwacoway.com/
    .
    Penapis Air Coway
    Penapis Udara Coway
    Tilam Coway
    Promosi Coway
    .
    Free daftar, hantar, pasang, pindah dan servis.

    BalasPadam