Header Ads

ads header

Flash News

Isu conteng mural pemimpin: Kualiti rakaman CCTV rendah


KUALITI rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rendah menyebabkan polis sukar untuk mengesan suspek sebenar yang menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman sedang mencari ruang untuk mengesan suspek kes itu.

"Beberapa faktor yang menyebabkan suspek sukar dikesan antaranya lokasi mural itu yang agak terpencil, gelap dan tidak banyak CCTV di kawasan sekitar.

"Rakaman CCTV yang berkualiti rendah juga menyebabkan kita sukar untuk 'enhance' gambar pelaku yang terdapat dalam video berkenaan.

"Bagaimanapun, kita ada cara lain untuk mengesan suspek dan serahkan kepada kami untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'Neighourhood Watch' di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam juga sudah memanggil beberapa individu untuk membantu dalam siasatan kes berkenaan.

Pada 20 Julai lalu, media melaporkan dua kelibat wanita dipercayai suspek menconteng mural pemimpin negara melalui satu rakaman CCTV.

Rakaman video selama dua minit 20 saat itu menunjukkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong dinding bangunan mural sebelum kelibat dua individu terbabit muncul menconteng mural berkenaan.

Ketika diminta mengulas tindakan Mohd Asri Hamid, 42 yang membongkarkan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, beliau berkata, orang ramai boleh melaporkan kegiatan jenayah tanpa mendedahkan maklumat diri dengan menggunakan Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Katanya, VSP lebih selamat yang mana pengadu boleh berkongsi video ataupun gambar salah laku tanpa perlu menyertakan nama sebenar mereka.

#Sumber : Hmetro   

MR : Ni macam ke 'semburit' juga ke?   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kualiti Rendah tak rendah kita tak kisah. Yang penting kita tahu kaum mana yang buat benda camni. Kaum yang tak sedar diri mereka tu pendatang dan patut dihalau daripada bumi Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba korang fikir lah, kalaulah kaum ni tak rasis, mengapa sehingga sekarang tiada wakil kaum ini yang minta maaf? Mulai hari ni janganlah percaya kepada kaum lahanat ni.

      Padam
    2. Yang boleh percaya ialah mereka yang sudah di "Melayu" kan ertinya pandai cakap Melayu dan beragama Islam serta hormat Raja-raja Melayu.

      Padam