Header Ads

ads header

Flash News

Kata ditaja tapi bayar RM29.9 juta, netizen soal PH


Pada Jun 2018, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membuat sebarang pembayaran kerana berjaya mencari penaja untuk membiayai kos bernilai RM30 juta bagi siaran langsung Piala Dunia Rusia di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Walau bagaimanapun, dalam senarai perincian perolehan rundingan terus sepanjang 22 bulan pemerintahan PH yang didedahkan Kementerian Kewangan hari ini menunjukkan sebaliknya.

Ini apabila dalam butiran perolehan rundingan terus Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM) menunjukkan sebanyak RM29.9 juta dibayar untuk hak siaran Piala Dunia 2018.

Bayaran itu dibuat kepada Syarikat Sports Media & Distributor Sdn Bhd oleh KKMM.

Ini sekali gus menimbulkan persoalan besar dalam kalangan ramai netizen malam ini kenapa berlaku percanggahan dalam soal tersebut.

Malah berlegar di media sosial tangkap layar laporan portal Malaysiakini bertajuk ‘Piala Dunia 2018: Kerajaan tak bayar 1sen pun’.

Artikel yang memetik kenyataan Guan Eng itu disiarkan pada 3 Jun 2018.

Sehubungan itu, ramai pengguna media sosial meminta Guan Eng dan Menteri KKMM ketika era PH, Gobind Singh Deo menjelaskan hal sebenar mengenai persoalan tersebut.

Berdasarkan laporan media lain sebelum ini, KKMM mengumumkan Maxis Berhad menjadi penaja utama siaran Piala Dunia 2018 menerusi RTM, yang membabitkan penajaan sebanyak RM18 juta.

Gobind berkata, AirAsia Berhad pula menjadi penaja emas dengan tajaan RM12 juta, sekali gus melengkapkan tajaan bagi pembayaran kos hak penyiaran acara sukan itu yang berjumlah RM30 juta.

Untuk rekod, RTM menyiarkan sebanyak 28 perlawanan secara langsung manakala 13 lagi siaran tertunda.

#Sumber : http://www.pnbbcportal.com   

MR :  Kena kencing lagi  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kesimpulannya ph dan malaysiakini kaki kencing.

    BalasPadam
  2. Selama ini saya balas komen ingat malaysikini boleh di percayai untuk luahan rasa hati , rupanya sebalik Udang Ada api dalam sekam.

    BalasPadam
  3. Tak habis-habis kena kencing !!! 😡

    BalasPadam
  4. Memang kerajaan PH dahulunya pembohong besar,ckp tak serupa bikin.Bikin tapi tak ckp(mencuri wang negara)

    BalasPadam
  5. dalam butiran perolehan rundingan terus Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM) menunjukkan sebanyak RM29.9 juta dibayar untuk hak siaran Piala Dunia 2018.

    Bayaran itu dibuat kepada Syarikat Sports Media & Distributor Sdn Bhd oleh KKMM.

    pru14 manifesto ph kencing, dalam tender rundingan terus pun ph kencing

    prk slim pun ph kencing juga, itulah motto ph, kencing selagi bole kencing

    BalasPadam