Header Ads

ads header

Flash News

KDN akan tubuh JK siasat ketirisan perbelanjaan PDRM daripada kerajaan PH hingga sekarang kata Hamzah


Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat ketirisan perbelanjaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri Satu, semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain akan mengenal pasti sebab ketirisan dan hasil siasatan akan diserah kepada Ketua Setiausaha kementerian untuk tindakan lanjut.

“Bukan sahaja PDRM bahkan mana-mana agensi di bawah KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang menerima laporan audit yang melanggar peraturan,” katanya pada sidang media bersempena sambutan Hari Penjara ke-230 di Ibu Pejabat Penjara Kajang, di Kajang.

Semalam, media melaporkan LKAN menyatakan PDRM dikesan membayar RM2.7 juta untuk penukaran alat ganti fotografi, melebihi had siling yang ditetapkan iaitu RM209,964.

Penukaran alat fotografi yang digunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (D6) itu melebihi RM2.49 juta daripada had yang ditetapkan.

Selain itu, PDRM juga dikesan terlebih bayar penyelenggaraan bulanan helikopter sebanyak RM105,875 bagi tempoh 19 bulan walaupun helikopter itu sudah tidak aktif lebih enam bulan dan sepatutnya menerima pengurangan 25 peratus bagi kos penyelenggaraan.

#Sumber :  - Bernama  

MR : Siasat PH bukan boleh dipercayai   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. PDRM lagi...

    instafamous depa ni

    BalasPadam
  2. Ketirisan yang di makan dan disonglap bersatu dan pengkhianat petualang

    BalasPadam