Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa marah sangat PAS nak sertai PN?


Itu strategi yang baik. UMNO enggan sertai PN juga strategi yang baik.

Keputusan ini akan membolehkan sebarang pembahagian kerusi dimulai melalui perbincangan dalaman Muafakat Nasional. Hasil perbincangan itulah yang akan dibawa UMNO untuk dirunding di peringkat Barisan Nasional sementara PAS pula akan membawanya untuk pengagihan di peringkat Perikatan Nasional dan Gagasan Sejahtera.

Akhirnya UMNO dan PAS lah yang akan mengetuai pembahagian kerusi antara parti-parti komponen kerajaan semasa.

Yang sepatutnya menjadi keutamaan bukanlah siapa nak join siapa. Tetapi bagaimana UMNO dan PAS (terutamanya) boleh menguasai gabungan yang mereka sertai supaya akhirnya MN akan menjadi teras utama kerajaan selepas PRU15.

Dan bila saya sebut menguasai, saya maksudkan kedua-dua parti ini perlu mendominasi pertandingan di 155 kerusi luar bandar bermajoriti Melayu bumiputera.

Situasi ni akan menjadi pengalaman baru kepada PAS sebagai mediator (orang tengah) kepada parti-parti yang berbeza ideologi - peranan yang sebelum ini dimainkan Semangat 46 dan PKR.

UMNO mungkin tiada masalah kerana mereka masih dominon di dalam Barisan Nasional.

Cuma satu sahaja saya nak pesan. Selagi mana PPBM masih enggan menyertai UMNO semula, mereka akan berdepan risiko pemulauan dan kekalahan mengejut walaupun di kerusi selamat.

Sebab walak dan ketaatan hanya untuk ahli.

Bukan penyokong.

Dan saya penyokong 😉

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Masjid Tebauk Kuala Terengganu

MR :   Masing ada strategik.. jadi raikanlah sebagai rakan 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. kepada Abdul Rahim Hilmi Zakariya, ini bukan masanya hendak berstrategi politik. Ini masanya untuk mengukuhkan ukhwah. umno dengan ikhlas hati menjemput pas untuk bersama2 dalam muafakat nasional yang pada mulanya berjalan dengan baik. tapi dengan kemasukkan parti bunga yidin semuanya berubah apabila hadi n the gang dengan sekelip mata berpihak kepada ppbm. kalau betullah pas ini betul2 ikhlas apa kata pas bagilah kerusi selamatnya di kelantan trengganu n kedah kepada ppbm. amacam ada berani?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Strategi biarlah yg menguntungkan kuasa melayu bukan menguntungkan kuasa politik hingga hilang kuasa memerintah..kedaulatan raja2 di kecam..umno pas dan ppbm kena muafakat..rakyat dah lihat jalan cerita..jangan bg rakyat muak..pakat elok2 agar rakyat sejahtera..bersatu kita teguh bercerai kita roboh

      Padam
    2. Tertubuh nya parti pakatan bangsa melayu (ppbm) hasil dari pemimpin Umno yang kecewa dan terus keluar parti dan dibuang sebagai ahli UMNO dan Ada ahli parliman Umno lompat katak sebagai ahli parti ppbm
      Apakah kita ahli UMNO diakar umbi sebagai pengundi nya bulih terima ia sebagai pemimpin kita didalam muafakat nasional

      Padam
  2. Pengkhianat & pembohong pasti Akan menemui kebuntuan.
    Apalagi menanggung beban dosa dari pengundi yg dikhianati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada istilah mengkhianati pengundi kerana pengundi matang sudah pasti tahu bahawa wakil rakyat adalah sah dalam perbuatan melompat parti... jika tak puas hati... pengundi boleh isi borang jadi calon

      Padam
    2. Yang jelas dan pasti ialah puak Pee H telah mengkhianati amanat rakyat dengan kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu. Untuk menghalalkan kencing hancing ini, Atuk Kerala telah membuat fartwa kononnya manifesto tidak perlu dilaksanakan kerana manifesto bukan kitab suci. Porrahhhh !!!

      Padam
  3. Pbm masuklah umno semula.
    Umno terima la mreka. Ni.
    Jika ade rasuah ganti yg baru.

    BalasPadam
  4. Ada baiknya UMNO tak masuk PN.

    PN dan MN boleh kelirukan PH. PAS berada dalam MN dan PN. PAS boleh jadi kuasa pendamai antara dua parti Melayu. Takde masalah.

    Orang tua tu pun akan bingung jikalau dia hidup panjang utk melihat PRU 15.

    BalasPadam
  5. Modal politik utk perot bkn untuk rakyat .
    Noktah

    BalasPadam