Header Ads

Header ADS

Kerajaan sedia pertimbang cadangan wajibkan latihan kebakaran di sekolah tahfiz

KUALA LANGAT
: Kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pelaksanaan sesi latihan kebakaran di sekolah tahfiz berdaftar di negara ini, pada masa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sesi latihan kebakaran itu dilihat penting dan sesuai dimulakan pada masa kini, sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada pelajar tahfiz.

Beliau berkata, pentadbir sekolah tahfiz juga disarankan supaya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, untuk mewujudkan inisiatif 'sekolah angkat' bagi mempertingkatkan ilmu kebombaan dan berkaitan pencegahan kebakaran.

"Sekurang-kurangnya, pelajar akan mendapat latihan asas, sekiranya berlaku kebakaran dan menggelakkan mereka daripada menjadi panik," katanya kepada pemberita selepas sesi lawatan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat di sini, hari ini.

Zulkifli turut menzahirkan rasa sedih dengan kejadian kebakaran di tingkat tiga asrama perempuan MITS Kuala Langat pada awal pagi Selasa, dan menyatakan Kerajaan Persekutuan akan membantu sedaya upaya bagi meringankan bebanan pentadbir sekolah berkenaan.

Terdahulu pada sesi lawatan berkenaan, Zulkifli menyerahkan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada MITS Kuala Langat.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan barangan makanan bernilai RM2,000 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, seramai 131 pelajar perempuan MITS Kuala Langat terselamat selepas asrama mereka di tingkat tiga musnah dijilat api.

#Sumber : Bernama    

MR :  Jika wajib fikirkan juga peruntukkan..  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.